Anwar cuba meraih perhatian dengan cara terdesak. Hanya dengan muncul sepentas dengan Dato Seri Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri maka ...
Anwar cuba meraih perhatian dengan cara terdesak. Hanya dengan muncul sepentas dengan Dato Seri Ismail Sabri yang juga Perdana Menteri maka Anwar boleh menumpang populariti muncul di khalayak melalui siaran televisyen.
Anwar mati akal, rakyat masih tidak lupa apa yang Pakatan Harapan(PH) pimpinan Dap lakukan setelah mereka berkuasa selama 22 bulan.
Semua janji yang mereka nyatakan di dalam menifesto PRU14 tidak ditunaikan dan dengan mudah Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa ‘manifesto bukan kitab suci).
Bukan setakat melahirkan hasrat tidak akan tunaikan janji, Pakatan Harapan juga bertindak lebih zalim apabila banyak peruntukan di potong dan lebih menyedihkan ada yang dimansuhkan terus.
Golongan yang terkesan akibat polisi ‘ikat perut’ kerajaan PH pimpinan Dap adalah mahasiswa, petani, nelayan, pekebun kecil dan penjawat awam juga turut ‘diugut’ untuk dihentikan skim pencen. Sementara itu PH juga turut menamatkan puluhan ribu penjawat awam bertaraf kontrak.
Kesemua tragedi kezaliman ini berlaku di depan mata Anwar dan isterinya Wan Azizah yang ketika itu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Anwar dan isterinya hanya berdiam diri seolah bersetuju dengan semua tindakan yang dibuat oleh kerajaan PH.
Hari ini, setiap malam di dalam ceramahnya, Anwar luahkan rasa perihatinnya kepada rakyat dan kasihnya kepada orang miskin sedangkan selama 22 bulan beliau hanya menurut apa sahaja tindakan kerajaan yang beliau sendiri berada di dalamnya. Munafik.
Jalan akhir, Anwar ingin menumpang populariti Ismail Sabri yang berjaya dan terbukti menguruskan negara dan rakyat dengan baik.
Rakyat sedar lakonan Anwar, isteri dan anaknya.
No comments