Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Mahathir-Anwar, Watak Gila Kuasa Yang Menghancurkan Politik Negara

Mahathir cemas dan panik apabila melihat keyakinan rakyat terhadap UMNO BN semakin meninggi disebabkan oleh nama Dato Ismail Sabri dinamakan...


Mahathir cemas dan panik apabila melihat keyakinan rakyat terhadap UMNO BN semakin meninggi disebabkan oleh nama Dato Ismail Sabri dinamakan sebagai calon tunggal Perdana Menteri mewakili UMNO BN maka beliau terus tanpa rasa malu membuat kenyataan ingin bekerjasama semula dengan Anwar Ibrahim.

Mahathir sanggup dilabel sebagai ‘menjilat ludah sendiri’ asalkan Anwar sanggup menerima partinya menyertai Pakatan Harapan.

Rakyat perlu sedar dengan permainan politik mereka berdua. Mahathir dan Anwar sanggup berbuat apa sahaja demi kalahkan Barisan Nasional dan mereka mendapat jawatan dan kuasa. 

Mahathir dan Anwar akan lakukan apa saja untuk mendapat kuasa dan bukannya soal rakyat dan negara.

Lebih 20 tahun kedua watak ini telah menyebabkan politik Malaysia hancur dan kacau bilau, kesannya adalah ekonomi rakyat dan negara sentiasa dalam keadaan ‘terancam’, tidak mengukuh.

Kerosakan dan ketidakstabilan kerajaan selepas daripada pilihanraya umum ke-14 juga bermula dan berpunca dari perebutan kuasa antara keduanya sehinggakan kerajaan Pakatan Harapan itu sendiri runtuh dan berkubur.

Anwar cuba menggunakan pengaruhnya dahulu untuk menghancurkan UMNO dari dalam melalui gerakan ‘Cikgu dan anak murid’. Bukan sekali cubaan Anwar untuk ‘merampas kuasa’ dengan mendakwa beliau sudah mempunyai ‘angka’ yang cukup untuk mengambil alih kerajaan baru-baru ini.

 Adakah rakyat Malaysia sekali lagi bakal tertipu dengan kerakusan kedua manusia ini dan melayan segala tipu helah Mahathir-Anwar seperti pilihanraya umum ke-14 dahulu sedangkan kita mempunyai pilihan yang cukup baik di depan mata dan telah terbukti berjaya serta cakna kepada rakyat iaitu Dato Seri Ismail Sabri dari Barisan Nasional selepas PRU15.

No comments

Ads Place