Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Langkah Bubar Parlimen Demi Kestabilan Negara - PM Ismail Sabri

Pembubaran parlimen yang baharu saja diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri adalah bertujuan mengembalikan sebuah kerajaa...


Pembubaran parlimen yang baharu saja diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri adalah bertujuan mengembalikan sebuah kerajaan yang stabil.

Hanya kerajaan yang stabil sahaja mampu untuk meneruskan khidmat kepada rakyat dan meletakkan kembali ekonomi negara pada landasan yang betul. 

Malah dengan kerajaan yang stabil maka tahap efisyen dan produktiviti sebenar sebuah kerajaan boleh diukur dan akhirnya mampu untuk meyakinkan kembali pelabur dalam dan dari luar negara.

Pembubaran parlimen ini juga dengan sendirinya menutup mulut bukan sahaja pengkritik politik tetapi juga pemimpin parti politik yang seringkali memainkan isu keabsahan kerajaan Keluarga Malaysia dengan pelbagai gelaran termasuk ‘Kerajaan Tebuk Atap’.

Langkah bijak dan berani serta penuh yakin PM Ismail Sabri ini jelas menunjukkan bahawa bakal Perdana Menteri dari UMNO ini sudah cukup bersedia untuk sekali lagi memimpin negara dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelabur luar yang utama di rantau ini seperti ketika beliau menjadi Perdana Menteri ke 9 baru-baru ini.

Rakyat perlu bijak dan istiqamah dalam meyakini bahawa Barisan Nasional merupakan parti yg boleh menggalas tanggungjawab mengurus negara dengan baik dan jadikan keperitan dan ketidakstabilan politik selama 22 + 17 bulan kerajaan selain BN.

No comments

Ads Place