Senator Wan Wan Ahmad Fayhsal, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia membuat dakwaan melulu dan jahat terhadap YAB Perdana Menteri Dato...
Senator Wan Wan Ahmad Fayhsal, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia membuat dakwaan melulu dan jahat terhadap YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri kononnya jarang hadir mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi.
Tuduhan liar ini adalah merupakan sebahagian kempen murahan PRU15 dari seorang yang juga berjawatan Ketua Pemuda PPBM demi meraih perhatian dari ‘big bossnya’ Muhyiddin Yassin kerana beliau sendiri bukanlah calon ‘favourite’ Perikatan Nasional yang boleh menang.
Sebagai salah seorang Timbalan Menteri di dalam pimpinan PM Ismail Sabri, beliau seharusnya tahu bagaimana sesebuah jawatan kuasa khas dibentuk berfungsi. Beliau memang terkenal dengan jolokan ‘Mat Jargon’ kerana sikap dan sifatnya kebodoh-bodohan dan bila bercakap seperti penagih dadah atau penghidu gam, merapu.
Mat Jargon tidak pernah dilantik di dalam mana-mana jawatan kuasa khas samada ketika Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan setelah Ismail Sabri mengambil alih jawatan tersebut daripada Muhyiddin kerana Muhyiddin gagal menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri. Beliau hanya diberikan tugas Timbalan Menteri sahaja bukan berasaskan merit tetapi kuota dari partinya.
Mat Jargon tidak tahu bahawa tanpa Perdana Menteri, jawatan kuasa Majlis Tindakan Ekonomi tidak boleh menjalankan mesyuarat.
Mat Jargon juga tidak tahu bahawa mesyuarat jawatan kuasa tersebut dilakukan pada setiap bulan dan PM Ismail Sabri sendiri wajib mempengerusikannya.
Antara keputusan penting dari mesyuarat tersebut adalah memberi fokus terhadap usaha modenisasi dan menggalak pertanian pintar, bersetuju supaya MAFI berbincang dengan Kerajaan-kerajaan Negeri bagi menangani masalah tempoh Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang dihadapi oleh usahawan-usahawan tani untuk pertanian agar dapat memanjangkan tempoh sewaan atau pajakan bagi mewajarkan pelaksanaan projek-projek pertanian berdaya maju.
Di bawah ini adalah antara fokus utama Majlis Tindakan Ekonomi:
Tuduhan Mat Jargon berhubung harga ayam dan telor ayam juga umpama meludah ke langit akhirnya singgah tepat ke muka sendiri.
PM Ismail Sabri adalah perdana menteri pertama Malaysia yang berani memansuhkan AP impot ayam dari luar negara untuk menstabilkan harga ayam yang dikawal oleh kartel. Perlantikan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Jawatan Kuasa Jihad Inflasi bagi memerangi kartel yang cuba merosakkan ekonomi negara melalui kawalan harga barang adalah kerana pengalaman beliau. Menteri Pertanian adalah dari parti PPBM, apa yang beliau lakukan sepanjang menjadi Menteri yang bertanggungjawab terhadap petani, nelayan dan seumpamanya terutama ketika covid19 melanda?
Apakah idea bernas dari Menteri Pertanian dari parti PPBM untuk menyelesaikan masalah rakyat di bawah seliaannya? Sepatutnya beliau meletak jawatan lebih awal kerana gagal sebagai Menteri yang menguruskan ‘periuk nasi negara’.
Mat Jargon terkenal di awal penglibatannya dalam politik hanyalah sekadar bidang terjun. Pernah kecoh satu negara cara beliau berkempen dengan ‘menjual’ kedudukan beliau sebagai Timbalan Menteri yang kononnya berkuasa untuk tandatangan sokongan apa juga ‘surat projek’ dari anggota Armada atau ahli partinya.
Dari awal berpolitik cara kotor akan menjadikan negara hancur sekiranya Mat Jargon lagi sekali menjadi anggota pentadbiran negara.
No comments