Parti pembangkang nampaknya hampir setiap hari menggunakan isu jawatan perdana menteri sebagai modal untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO BN...
Parti pembangkang nampaknya hampir setiap hari menggunakan isu jawatan perdana menteri sebagai modal untuk melaga-lagakan kepimpinan UMNO BN dan di waktu yang sama menghasut ahli UMNO BN supaya bercakaran sesama sendiri.
Presiden UMNO, Zahid Hamidi dijadikan sasaran kononnya beliau adalah bakal perdana menteri mewakili UMNO BN sekiranya menang pilihanraya umum ke15.
Mereka menyebarkan propaganda jahat kononnya pilihanraya umum ke15 ini dibuat demi untuk melantik Zahid sebagai Perdana Menteri dan seterus beliau boleh melepaskan diri daripada kes yang beliau hadapi di mahkamah.
Video ucapan Zahid di Mesyuarat Agong MIC baru-baru ini diambil sebahagian sahaja untuk dijadikan bahan sebaran fitnah kononnya Zahid dan beberapa pemimpin utama UMNO serta MIC akan berdepan dengan pendakwaan sekiranya UMNO BN kalah.
Mereka lupa, melalui Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah mencapai konsensus memutuskan bahawa Dato Seri Ismail Sabri adalah satu-satunya calon Perdana Menteri bagi UMNO BN selepas pilihanraya umum ke15.
Malah, kesemua Pengerusi Badan Perhubungan Negeri juga turut bersetuju dengan cadangan Ismail Sabri adalah calon tunggal UMNO BN sebagai Perdana Menteri.
Ismail Sabri telah berjaya membuktikan pentadbiran yang cemerlang. Kejayaan menangani pandemik covid19 dan berjaya menguruskan rakyat dan negara melalui pakej rangsangan pemulihan ekonomi yang berjaya mengeluarkan negara dengan cepat daripada negara serantau di dunia kepada fasa endemik.
Rakyat perlu menyokong sepenuhnya agar PM Ismail Sabri dapat meneruskan siri kejayaan yang telah dan sedang dilakukannya sejak menjadi Perdana Menteri.
Jangan ulangi kesilapan ketika pilihanraya umum ke14, kerajaan Pakatan Harapan bukan membawa negara ke hadapan malah mengundur ke belakang. Ini bakal terjadi lagi sekali sekiranya Pakatan Harapan menang pada PRU15. Segala perancangan PM Ismail Sabri melalui pembentangan bajet yang bersasar dan menyeluruh kepada setiap lapisan masyarakat bakal dirosakkan oleh Pakatan Harapan sekiranya mereka menang.
Belanjawan yang telah pun diumumkan oleh PM Ismail Sabri bakal dikaji semula oleh Pakatan Harapan seperti yang pernah mereka lakukan pada pilihanraya umum ke14 dan rakyat serta penjawat awam akan rugi.
Musuh UMNO BN cukup takut dengan integriti yang ada pada tubuh Ismail Sabri. Tiada ruang kesilapan untuk dijadikan modal fitnah dan ahli UMNO BN perlu mengambil peluang untuk memasarkan Ismail Sabri sebagai ‘produk’ terbaik sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 nanti.
Beliau bukan sahaja seorang sahabat kepada seluruh ahli UMNO BN, beliau juga ahli keluarga besar UMNO BN dan juga orang parti yang tidak pernah membelakangi parti.
No comments