Presiden UMNO Zahid Hamidi menegaskan agar ahli UMNO jangan pertikai dengan keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan utama UMNO berhubung...
Presiden UMNO Zahid Hamidi menegaskan agar ahli UMNO jangan pertikai dengan keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan utama UMNO berhubung jawatan Perdana Menteri sekiranya UMNO BN memenangi PRU15.
Dari awal lagi, Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju mencalonkan YAB Dato Seri Ismail Sabri sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri. Keputusan ini juga mendapat persetujuan kesemua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.
Ahli UMNO tidak perlu terikut dengan dakyah dan propaganda jahat musuh UMNO kononnya Zahid akan menjadi Perdana Menteri apabila UMNO BN menang di pilihanraya umum ke15 kelak.
Malah ada juga suara sumbang dari kalangan kelompok dalaman parti UMNO yang berkepentingan peribadi cuba melaga-lagakan supaya hubungan sesama kepimpinan tertinggi UMNO BN retak dengan memainkan isu Zahid sebagai Perdana Menteri dan bukannya Ismail Sabri.
Ahli UMNO BN perlu merapatkan saf dan memberi fokus kepada kemenangan pada pilihanraya umum kali ini.
Batang tubuh calon Perdana Menteri daripada UMNO BN jauh lebih baik daripada Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan lain-lain parti musuh tradisi UMNO BN.
Calon Perdana Menteri dari UMNO BN ini lebih bersih maka musuh politik UMNO BN melihat ianya sebagai satu ancaman luarbiasa kepada mereka pada pilihanraya umum kali ini. Bersih tanpa sebarang skandal sosial, tiada kes di mahkamah dan tidak menyalah guna kuasa sepanjang menjadi Perdana Menteri adalah kekuatan utama Ismail Sabri.
Tambahan pula sepanjang PM Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, beliau telah berjaya membukti kemampuan meletakkan negara di dalam keadaan paling stabil berbanding dengan Perdana Menteri yang lain selepas pilihanraya umum ke14.
Cabaran dari kesan pandemik covid19 dapat diatasi dengan kadar yang segera melalui pakej rangsangan ekonomi demi memulihkan kembali ekonomi rakyat dan negara. Tidak sampai setahun, Ismail Sabri telah membuktikan kemampuannya menguruskan negara.
Konsep Keluarga Malaysia dengan berteraskan ‘tiada siapa akan ditinggalkan’ telah berjaya meletakkan kembali negara dan rakyat pada kedudukan yang lebih baik dari sebelumnya.
Rakyat perlu melihat kepada pembentangan bajet 2023 yang dibentangkan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia sebelum parlimen dibubarkan. Itu adalah akujanji Ismail Sabri untuk rakyat dan rugilah rakyat dan negara sekiranya musuh politik UMNO BN menang. Bajet 2023 bakal ditolak oleh mereka dan sekali lagi rakyat akan terhimpit kehidupan seperti yang pernah dilalui ketika mereka menjadi kerajaan selama 22 bulan selepas pilihanraya umum ke14 dahulu.
Berilah peluang dan sokongan padu kepada Ismail Sabri dan UMNO BN supaya kerajaan Keluarga Malaysia dapat meneruskan kembali tradisi membela rakyat.
No comments