Hampir saban hari Anwar cuba menimbulkan persepsi bahawa beliau adalah calon PM yang berintegriti dari Pakatan Harapan berbanding dengan cal...
Hampir saban hari Anwar cuba menimbulkan persepsi bahawa beliau adalah calon PM yang berintegriti dari Pakatan Harapan berbanding dengan calon dari parti lain yang mana hakikatnya adalah termasuk Mahathir dan Muhyiddin walaupun Anwar tidak pernah menyentuh mereka berdua.
Kenapa Anwar hanya menyerang calon UMNO BN? Mudah sahaja jawapannya. Ianya kerana ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri ke 7 mewakili Pakatan Harapan, Muhyiddin turut berada di dalam kabinet tersebut dan Anwar diwakili oleh isterinya Wan Azizah di jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Ketika 22 bulan Pakatan Harapan memerintah, segala kerosakan yang dibuat oleh Mahathir dan kerajaannya dibiarkan sahaja oleh Anwar.
Institusi kehakiman dilihat tidak bersifat bebas, lebih kepada ‘dikawal’ oleh Mahathir melalui pendakwaan yang disifatkan ‘pendakwaan terpilih’ yang menjuruskan kepada musuh politiknya sahaja.
Anwar tidak mempedulikan imej institusi kehakiman dirosakkan ketika peguam negara, Tommy Thomas menggugurkan lebih daripada 10 kes yang melibatkan pemimpin dari Pakatan Harapan termasuk Lim Guan Eng, Rafizi dan wakil rakyat Adun dari Pakatan Harapan yang terlibat dengan pengganas LTTE. Malah banyak lagi kes yang sedang berjalan mahkamah dihentikan atas ‘arahan’ peguam negara.
Paling hangat terdedah kini adalah bagaimana perlantikan Tommy sebagai Peguam Negara tidak melalui prosedur yang sepatutnya. Apa yang berlaku adalah lantikan melalui ‘pintu belakang’ dan ini jelas telah merosakkan integriti badan tersebut di mata rakyat dan juga dunia.
Anwar dan Muhyiddin tidak bersuara menentang seperti bersetuju dengan tindakan tidak bermoral Mahathir kerana mereka bertiga mempunyai musuh politik yang sama iaitu UMNO BN?
Setelah Dato Seri Ismail Sabri mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri ke 9 ekoran kegagalan Muhyiddin memimpin negara, Ismail Sabri telah mengembalikan semula reputasi badan kehakiman supaya Malaysia mendapat kepercayaan semula dari negara luar dan rakyat mula kembali yakin kepada kerajaan sendiri.
Tindakan Ismail Sabri berjaya memulihkan keyakinan rakyat terhadap sistem kerajaan yang berintegriti dengan mengamalkan pengasingan kuasa antara Eksekutif, Legislatif dan Judisiari.
Kes mahkamah yang dihadapi oleh Dato Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Zahid Hamidi menjadi bukti bahawa Ismail Sabri tidak mencampuri urusan mahkamah.
Rakyat perlu merasakan diri mereka sentiasa berada di dalam zon selamat untuk menjalani kehidupan seharian dan bukannya sentiasa takut dengan beranggapan bahawa undang-undang dan hukuman hanyalah untuk rakyat dan bukannya kepada seluruh rakyat termasuk pemimpin politik.
Dengan cara pentadbiran yang telus dan sederhana inilah Ismail Sabri dipilih sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri mewakili UMNO BN untuk PRU15 kali ini.
Bagaimana dengan nasib rakyat jika memilih manusia yang hidupnya sentiasa berbohong. Apabila Tuanku Agong mengampunkan kesalahan jenayah liwatnya pun beliau masih berbohong kononnya beliau tidak pernah meminta untuk diampunkan.
No comments