Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Formula Kemenangan UMNO BN: Solidariti

Walau apa juga perancangan untuk memenangi sebarang pilihanraya, hanya satu faktor sahaja yang mampu memenangkan UMNO pada pilihanraya ke 15...


Walau apa juga perancangan untuk memenangi sebarang pilihanraya, hanya satu faktor sahaja yang mampu memenangkan UMNO pada pilihanraya ke 15 kelak, iaitu solidariti dalaman parti dan juga di luar parti.

Solidariti atau kesepakatan perlu menyeluruh, kesepakatan perasaan serta tindakan terutama yang mempunyai kepentingan bersama dan saling mendukung dalam satu kelompok. 

Tiada jalan mudah untuk UMNO BN untuk mengharungi pilihanraya umum ke 15.

Seluruh peringkat, dari cawangan hingga ke peringkat pusat, kesemuanya wajib bersolidariti. Bukan ghairah mendesak pembubaran parlimen tetapi hubungan sesama ahli bagai retak menanti belah. Parasit dan musang berbulu ayam serta anasir Kuda Trojan perlu dibuang segera supaya solidariti dapat dicapai sepenuhnya di keseluruhan peringkat.

UMNO perlu dilihat bersatu dan kuat. Tindakan menghukum perlu ada kewajaran dan tidak menghukum ahli sewenangnya hanya kerana mengkritik pada saluran yang betul. Sekiranya perlu, menghukum termasuk memecat atau menggantungkan keahlian biarlah hanya kepada individu yang menyerang UMNO BN secara terbuka dan boleh merosakkan perpaduan parti seperti Lokman Adam dan kuncunya.

Politik itu berkait dengan angka, Apakah kita mahu menafikan setiap tindakan parti kepada sesetengah pemimpin pasti ada kesan yang besar kepada UMNO di kawasan tertentu dan boleh membarah sehingga ke peringkat pusat dengan imej perbalahan dan pertelagahan terbuka yang diambil tindakan?

Justeru satu solidariti harus diperlihatkan oleh Presiden parti dengan mana-mana pihak dalam parti yang semakin jauh dengan kepimpinan beliau.

Hakikatnya, ahli bawahan yang semakin tidak gemar dengan ‘permainan’ politik yang akhirnya akan merosakkan parti itu sendiri.

UMNO harus dilihat bebas dari dipergunakan oleh individu-individu tertentu untuk tujuan dan agenda yang akan merosak dan merugikan UMNO.

Perlu diingat, ramai di luar sana yang bukannya ahli parti tetapi mereka menyokong UMNO BN berdasarkan kepercayaan bahawa hanya UMNO BN sahaja yang mampu menguruskan negara dengan baik dan 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan telah membuktikan kegagalan yang menjurus kepada keperitan hidup kepada rakyat.

UMNO hanya boleh memasuki medan pilihanraya dengan ‘mode’ menang dan bukannya ‘try and error’. Laporan kerja parti perlu tepat dan bukannya bersifat syok sendiri yang akhirnya akan mengulangi sejarah kekalahan yang memalukan pada pilihanraya umum ke 14.

Malah keegoan pemimpin parti ketika PRU14 dalam mendengar amaran awal yang cuba diberikan oleh ahli di peringkat akar umbi dan akhirnya BN hilang kuasa.

Untuk menang, UMNO tiada pilihan selain keseluruhan ahli di kesemua peringkat wajib bersolidariti.

No comments

Ads Place