Walaupun hari penamaan calon belum tiba, Anwar dilihat hilang arah ekoran daripada ceramahnya di pentas politik setiap hari ‘tiada hala tuju...
Walaupun hari penamaan calon belum tiba, Anwar dilihat hilang arah ekoran daripada ceramahnya di pentas politik setiap hari ‘tiada hala tuju’.
Ceramah Anwar hanya berkisar dengan kes Najib dan memburukkan nama UMNO BN. Paling teruk, Anwar gagal untuk memberi penjelasan kenapa beliau membisu ketika Mahathir melalui kerajaan PH selama 22 bulan telah berlaku ‘zalim’ kepada rakyat.
Anwar gagal dan cuba sembunyikan kenyataan kenapa beliau tidak bersuara di saat banyak peruntukan kepada golongan miskin seperti petani, nelayan, pekebun kecil dan keluarga berpendapatan rendah dikurangkan dan ada peruntukan yang dimansuhkan.
Biasiswa Persekutuan, Bantuan Sara Hidup, Peruntukan subsidi Baja Padi, Elaun sara hidup nelayan, Elaun Sara Hidup Nelayan Darat, Peruntukan kepada orang Asli dan banyak lagi dikurangkan.
Manakala peruntukan yang selama ini wujud di zaman BN, Kerajaan PH telah Bantuan Musim Tengkujuh, Bantuan bulanan kepada Petani sementara tunggu hasil tuaian (3 bulan), Bantuan Makanan Komuniti orang Asli dan BSH orang muda.
Anwar diceramahnya cuba menonjolkan diri sebagai ‘hero rakyat miskin’ tetapi ketika rakyat disuruh ‘ikat perut’, pada hakikatnya Anwar membisu seribu bahasa walaupun isterinya sendiri, Wan Azizah adalah Timbalan Perdana Menteri.
Sedangkan Ismail Sabri sentiasa menekankan bahawa UMNO BN telah membuktikan pembelaan terhadap rakyat ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
Kadar pengangguran yang tinggi di zaman PH dapat diturunkan, kadar inflasi negara menjadikan Malaysia antara terbaik di Asia ketika Ismail menjadi Perdana Menteri.
Bukan itu sahaja, terkini mahasiswa dari keluarga berpendapatan rendah diberi peranti percuma. Perolehan projek rumah rakyat juga dipermudahkan dan dipercepatkan kerana Ismail Sabri memansuhkan birokrasi antara kerajaan pusat dan negeri.
KDK negara ketika Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri di kedudukan terbaik di Asia Tenggara berbanding ketika PH yang mana Anwar ada bersama PH berada tercorot di belakang Monggolia dan jauh ditinggalkan oleh Indonesia, Kemboja, Filipina, Thai dan Myamar.
Anwar tidak mampu membentangkan apa perancangan dan halatuju negara sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri selain sibuk dengan janji gajinya sebagai perdana menteri akan dipotong. Beliau lupa apa yang beliau utarakan telah pun dibentangkan oleh Mahathir ketika 22 bulan. Bukan suatu yang baru dan bukan boleh menyelesaikan masalah rakyat.
Tambahan pula Anwar terkesan dengan Bajet 2023 yang dibentang baru-baru ini. Menurut Ismail Sabri, itulah janji kerajaan BN melalui pimpinannya sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU15 kelak.
No comments