Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Cakna Rakyat: Perbezaan Antara Ismail Sabri, Anwar, Muhyiddin, Mahathir

Terlalu banyak perbezaan antara Ismail Sabri, Anwar, Muhyiddin dan Mahathir tetapi yang utamanya adalah satu sahaja perbezaan antara mereka ...


Terlalu banyak perbezaan antara Ismail Sabri, Anwar, Muhyiddin dan Mahathir tetapi yang utamanya adalah satu sahaja perbezaan antara mereka berempat iaitu Anwar, Muhyiddin dan Mahathir berada di dalam kelompok yang sama, Pakatan Harapan dan bertanggungjawab menipu rakyat Malaysia di dalam pilihanraya umum ke 14 yang lalu.

Mereka bertiga yang mewakili parti masing-masing dan membentuk gagasan Pakatan Harapan sedikit pun tidak mempunyai perasaan bersalah apabila mengatakan menifesto yang mereka janjikan kepada rakyat ‘bukan kitab suci’. Ini membuktikan mereka menghalalkan cara penipuan untuk berkuasa.

Rakyat perlu ingat apa yang Mahathir, Anwar dan Muhyiddin lakukan sepanjang 22 bulan mereka menjadi kerajaan.

Kerajaan PH mengambil keputusan memotong jumlah peruntukan yang kerajaan BN telah memberi bantuan kepada rakyat; 

1. BR1M, menukar jenama kepada BSH

2. Biasiswa persekutuan

3. Rancangan Makanan Tambahan murid miskin untuk sekolah

4. Peruntukan subsidi Baja Padi

5. Insentif pengeluaran padi

6. Elaun sara hidup nelayan

7. Insentif hasil tangkapan ikan

8. Elaun Sara Hidup Nelayan Darat

9. Peruntukan kepada orang Asli

Bantuan dari Kerajaan BN yang dimansuhkan:

1. Bantuan Musim Tengkujuh

2 Bantuan bulanan kepada Petani sementara tunggu hasil tuaian (3 bulan)

3. Bantuan Makanan Komuniti orang Asli

4. BR1M orang muda 

Malah banyak projek berkepentingan rakyat dibatalkan oleh Mahathir, Muhyiddin dan Anwar termasuk di Sabah dan Sarawak.

Berbeza dengan Ismail Sabri ketika mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Muhyiddin.

Ismail Sabri antaranya berjaya menaikkan kadar KDNK negara, dari kedudukan yang memalukan di belakang Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Myamar dan Monggolia menjadikan Malaysia di hadapan, di tempat pertama terbaik berbanding negara Asia Tenggara yang lain.

Ismail Sabri berjaya melakukan peralihan fasa pandemik covid19 dengan membuka sektor ekonomi tempatan dan sempadan negara dengan acuan tersendiri, ketika itu tiada satu negara boleh dijadikan contoh kerana masing-masing sedang bergelut dengan virus yang membunuh jutaan manusia di seluruh dunia.

Ismail Sabri berjaya menyakinkan pelabur baharu supaya menjadikan Malaysia destinasi pelaburan mereka dan kepada pelabur baharu, Ismail Sabri berjaya meyakinkan mereka untuk menambahkan jumlah pelaburan mereka.

Ismail Sabri juga berjaya menundukkan kartel yang selama ini mengawal harga barang keperluan rakyat dengan menjadi Perdana Menteri pertama di dalam sejarah Malaysia memansuhkan sistem AP impot ayam dan lain-lain barang keperluan dan sekali gus melarang ekspot ayam keluar negara demi rakyat tidak terbeban dengan manipulasi kenaikan harga barang oleh kartel ini.

Sebaliknya ‘penyelesaian’ cara Mahathir, Muhyiddin dan Anwar mewakili Pakatan Harapan ketika harga barang melambung naik adalah dengan meminta rakyat mengikat perut sedangkan kedudukan mereka sendiri tidak berubah. Gaji dan keistimewaan mereka sebagai menteri tidak dikorbankan seperti hari ini mereka berjanji ingin potong gaji dan sebagainya sekiranya mereka dipilih menjadi kerajaan.

Anwar walaupun tidak berada di dalam kabinet Mahathir ketika itu tetapi keberadaan isterinya sebagai Timbalan Perdana Menteri hanya bertindak mengunci mulut dan tidak berani menegur Mahathir sekiranya benar-benar beliau berjiwa rakyat marhain.

Rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dibentangkan di dalam bajet 2023 baru-baru ini dan Ismail Sabri sendiri mengatakan sekiranya UMNO BN dipilih oleh rakyat pada PRU15 maka itulah yang bakal dinikmati oleh rakyat di pelbagai peringkat tanpa ada yang tertinggal.

Ismail Sabri telah membuktikan kepada rakyat bahawa Bajet 2022 telah sempurna ditunaikan, maka Bajet 2023 adalah penyambung kepada tugasan beliau dengan UMNO BN untuk terus menerus membantu rakyat.

No comments

Ads Place