Pembubaran parlimen yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri hari ini menunjukkan ianya lambang keyakinan beliau kepad...
Pembubaran parlimen yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri hari ini menunjukkan ianya lambang keyakinan beliau kepada perlunya kestabilan politik negara dengan memberikan mandat sepenuhnya kepada rakyat untuk menentukan kerajaan yang akan menjaga mereka.
Pembubaran ini juga sekali gus menunjukkan PM Ismail Sabri tidak tunduk kepada tekanan mana-mana pihak.
Bagi PM Ismail Sabri, rakyat harus bijak memilih bahawa hanya satu parti yang memiliki majoriti tanpa perlu ada ganggu gugat dari parti-parti politik cebisan rakan kerjasama yang tidak kukuh dan akhirnya boleh membawa negara kepada kecelaruan politik dek kerana perebutan kuasa dan juga ugut mengugut antara parti.
PM Ismail Sabri telah terbukti mampu dan berjaya membawa negara keluar dari polemik politik kecelaruan dengan kerjasama antara parti demi kestabilan.
Rakyat perlu mengekalkan PM Ismail Sabri demi menyambung agenda ‘Keluarga Malaysia’ yang terbukti telah berjaya mengeluarkan rakyat dari pandemik covid 19 dan menstabilkan politik serta membantu ekonomi rakyat sehingga seluruh rakyat merasai agenda ‘Keluarga Malaysia’.
No comments