Bajet 2023 adalah hakikatnya sebagai sebuah janji YAB Dato Seri Ismail Sabri mewakili Barisan Nasional (BN) kepada rakyat sekiranya UMNO BN ...
Bajet 2023 adalah hakikatnya sebagai sebuah janji YAB Dato Seri Ismail Sabri mewakili Barisan Nasional (BN) kepada rakyat sekiranya UMNO BN dipilih sebagai kerajaan selepas pilihanraya umum ke-15.
Bajet 2023 adalah sebuah janji pasti kepada rakyat. Janji yang disulam dengan angka yang bakal dibelanjakan untuk setiap segmen masyarakat. Tiada siapa yang bakal terpinggir kerana ianya belanjawan yang merangkumi kesemua lapisan rakyat, baik mahasiswa, golongan yang berpendapatan rendah, sederhana dan kumpulan usahawan yang berada.
Bagi Ismail Sabri, kesemua pihak perlu dibantu demi mencapai sebuah negara yang stabil dan masing-masing boleh bergantung antara satu sama lain bagi mencapai status negara maju dan makmur.
Bajet 2023 boleh juga dianggap sebagai ‘memulihkan’ kembali keyakinan dan semangat rakyat setelah peritnya mengharungi kehidupan ‘mengikat perut’ selama 22 bulan di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan hidup terkurung’ yang begitu lama tanpa ada pembelaan wajar di bawah ‘kerajaan Muhyiddin Yassin’ akibat virus covid19.
Sebagai contoh peruntukan yang selama ini dinikmati oleh golongan pesawah, pekebun kecil, nelayan dan mahasiswa dipotong dan ada yang dimansuhkan di zaman Pakatan Harapan bakal dinikmati semula pada Bajet 2023 malah terdapat tambahan peruntukan yang lebih awal seperti program bantuan peranti untuk kemudahan pembelajaran kepada mahasiswa melalui Peranti Siswa.
Janji PM Ismail Sabri bukan hanya janji kosong, sebelum Bajet2023 di bentang pun beliau telah mengumumkan bantuan khas untuk golongan petani seperti peneroka. Bukan itu sahaja, peneroka juga ada yang telah diberikan gran pemilikan tanah oleh PM Ismail Sabri.
Pakatan Harapan, Perikatan Nasional dan parti politik yang lain hanya mampu perkenalkan calon demi kekuatan ketua masing-masing. Mereka dari DNA yang sama ketika Mahathir menjadi wakil sebagai Perdana Menteri selama 22 bulan.
Apa yang terjadi kini, sesama mereka menuding jari bahawa kezaliman selama 22 bulan adalah angkara Mahathir dan bukannya mereka. Yang menerima gaji puluhan ribu selama 22 bulan dan yang menjadi menteri selama waktu tersebut sudah lupa mereka adalah kumpulan yang bersekongkol menzalimi rakyat.
Ketika kezaliman itu, Ismail Sabri adalah ketua pembangkang di dewan parlimen dan mewakili UMNO BN yang membela rakyat serta menentang apa yang dilakukan oleh Pakatan Harapan kepada rakyat.
No comments