Amalan nepotisma terlalu kuat diamalkan di dalam Pakatan Harapan. Rakyat boleh melihat dan menilai sendiri bagaimana pemimpin utama parti ko...
Amalan nepotisma terlalu kuat diamalkan di dalam Pakatan Harapan. Rakyat boleh melihat dan menilai sendiri bagaimana pemimpin utama parti komponen yang berada di dalam Pakatan Harapan lebih mengutamakan isteri, anak, adik beradik malah sepupu sepapat sebagai calon mewakili parti mereka pada setiap kali pilihanraya umum.
Kepada individu lain yang diletakkan sebagai calon, mereka memberi garis panduan yang ketat termasuk isu moral, rasuah dan hubungan dengan pengundi. Tetapi tidak bagi Anwar sekeluarga.
Ahli PKR dan rakyat memahami strategi Anwar meletakkan Wan Azizah dan Nurul Izzah adalah sebagai menggantikan tempatnya sementara beliau berada di dalam penjara atas kesalahan jenayah liwat yang beliau lakukan.
Ahli PKR dan rakyat berfikir bahawa ianya bersifat sementara, apabila Anwar bebas maka tempat Wan Azizah dan Nurul Izzah bakal digantikan dengan pemimpin yang setia ‘membawa suara’ Anwar sepanjang beliau menjalani hukuman penjara.
Namun apa yang diharapkan oleh pengikut Anwar adalah sebaliknya. Anwar sanggup mengenepikan pengikut yang setia dan mengekalkan isteri dan anaknya walaupun Anwar sedar sepanjang Anwar di penjara, Nurul Izzah di Permatang Pauh dan Wan Azizah di Kajang tidak menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dan banyak mengabaikan pengundi.
Paling ketara adalah ketika Pakatan Harapan menang pada pilihanraya umum ke-14, mereka bertiga sanggup bersekongkol apabila kerajaan Pakatan Harapan menganiaya rakyat.
Wan Azizah sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri turut bersama bersetuju dengan segala tindakan kerajaan Pakatan Harapan terhadap rakyat.
Bantuan biasiswa persekutuan kepada keluarga miskin di kurangkan menyebabkan ramai pelajar cemerlang tidak dapat memasuki pusat pengajian tinggi awam. Tambah parah, kad bantuan Siswa berjumlah RM250 dimansuhkan tanpa sebab. Anwar, isteri dan anaknya tidak melakukan apa-apa.
Isu ratifikasi ICERD yang ingin ditandatangani oleh kerajaan Pakatan Harapan, hampir menyebabkan rusuhan umat Islam di negara ini. Anwar, isteri dan anaknya membisu dan menikus.
Apabila ada menteri secara terang-terangan menipu di pentas dunia dengan menuduh kaum India ditindas dengan zalim di Malaysia, pembohongan ini tidak mendapat sebarang reaksi daripada Anwar, isteri dan anaknya.
Apabila perbelanjaan wang rakyat secara tidak adil berlaku contohnya pemberian bantuan samarata kepada sekolah tahfiz, sekolah agama dan sekolah swasta cina, Anwar, isteri dan anaknya seperti wakil rakyat yang bodoh, tidak mampu membuat perbandingan antara sekolah tersebut seolah-olah bilangan sekolah itu sama banyak jumlahnya.
Apabila bantuan untuk nelayan, pekebun kecil dan pesawah dipotong dan ada yang dimansuhkan, di mana Anwar, isteri dan anaknya yang menerima elaun wakil rakyat parlimen setiap bulan dari duit rakyat?
Banyak lagi kisah rakyat yang terpaksa hidup ‘mengikat perut’ di zaman kerajaan Pakatan Harapan berkuasa dan apa Anwar, isteri dan anaknya lakukan?
Hari ini mereka bertiga dengan sombong dan bongkak di setiap ceramah menipu khalayak bahawa mereka adalah pembela nasib rakyat.
Malah Anwar tanpa segan silu menyalahkan Mahathir sepanjang Pakatan Harapan berkuasa. Mudah sahaja Anwar menuding jari.
No comments