Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Anwar Menabur Janji Lagi Tapi Ismail Sabri Sudah Melaksanakannya

Anwar seperti biasa bila di pentas ceramah, sikap tidak mahu kalah dan berbohong. Paling malang adalah pengikutnya sendiri yang kena ‘telan’...


Anwar seperti biasa bila di pentas ceramah, sikap tidak mahu kalah dan berbohong. Paling malang adalah pengikutnya sendiri yang kena ‘telan’ pembohongan Anwar hampir setiap hari.

Minggu lepas Anwar dengan lantang bagaikan ‘pendekar tua’ mencabar Azmin atas nama penkhianatan kepada parti PKR. Anwar umum akan berlawan dengan Azmin di Gombak pada PRU15 kali ini. Malah Anwar juga mengatakan dia akan bertanding di kerusi yang mana ahli parlimen berpaling tadah. Ahli PKR beranggapan, kerusi paling hangat adalah samada parlimen di mana Azmin Ali atau Zuraidah berada. 

Belum pun tarikh penamaan calon tiba, Anwar mengumumkan beliau akan bertanding di Tambun melawan penyandangnya Faizal Azumu dari parti Perikatan Nasional.

Bolehkah anda percaya dengan Anwar? ‘Umpan’ yang beliau tawarkan hanyalah potongan gaji sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri, Anwar tidak nyatakan berapa jumlah potongan dan Anwar juga tidak berani untuk menegas bagaimana dengan gaji menteri dan timbalan menteri yang lain?

Anwar juga takut untuk jelaskan berapa penjimatan yang boleh beliau lakukan dengan janji tersebut dan dari angka itu berapa orang rakyat yang boleh dibantu?

Anwar tidak berani berjanji bentuk bantuan kepada rakyat seperti golongan pekebun kecil, nelayan dan seumpamanya. 

Berbeza dengan PM Ismail Sabri bukan berjanji tetapi telah mula laksanakan. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah negara ini dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 sebelum ini (Bajet 2022). Bantuan ini melibatkan peruntukan RM256 juta itu akan diberikan RM200 sebulan selama empat bulan dan akan memanfaatkan 320,000 pekebun kecil. Ini semua terkandung di dalam Bajet 2023.

Bantuan kepada pesawah pula diperkenalkan semula untuk tahun depan dengan memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim yang memanfaatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta.

Anwar juga dalam ceramahnya gagal memberi gambaran bagaimana fokus untuk membantu rakyat secara keseluruhannya di dalam isu menangani harga barang keperluan harian. 

PM Ismail Sabri tidak berjanji tetapi menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama membatalkan sistem AP impot ayam dan bahan keperluan rakyat dalam usaha mengekang harga ayam dari manipulasi oleh kartel-kartel. Malah menjadi Perdana Menteri yang pertama mengeluarkan arahan sekatan ekspot ayam ke luar negara.

Anwar terkial-kial berjanji bulan dan bintang demi mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri. Anwar akan berjanji apa sahaja untuk halwa telinga pengundi namun rakyat perlu sedar, siapa sebenarnya yang sedang dan akan terus membantu rakyat berbanding dengan parti yang pernah mengatakan janji tidak perlu ditepati kerana ‘manifesto bukan kitab suci’.

Harga petrol akan turun pada paras RM1.50 se-liter, hapuskan hutang PTPTN, hapuskan Tol dan banyak lagi yang mereka janjikan. Akhirnya, Anwar turut berkomplot dengan Mahathir apabila mereka minta rakyat ‘ikat perut’ dan dan ‘rakyat jangan meminta-minta’ apabila mereka sudah berkuasa.

Apa yang PM Ismail Sabri bentangkan di dalam parlimen berkenaan Bajet 2023, itulah apa yang akan beliau laksanakan. Berapa banyak rakyat di setiap peringkat bakal dinikmati.

Ingat, apabila mereka berkuasa selepas PRU14, berapa banyak kakitangan awam bertaraf kontrak mereka hentikan, berapa banyak biasiswa untuk pelajar cemerlang mereka kurangkan dan banyak lagi kisah peritnya rakyat sepanjang mereka menjadi kerajaan.

Ketika itu Anwar hanya membisu seribu bahasa.

No comments

Ads Place