Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Anwar Buka Mulut Sahaja Terus Berbohong

Dulu pernah kawan-kawan baik Anwar Ibrahim dengan sinis mengatakan “kalau nak tahu bagaimana Anwar menipu, senang sahaja, iaitu apabila beli...


Dulu pernah kawan-kawan baik Anwar Ibrahim dengan sinis mengatakan “kalau nak tahu bagaimana Anwar menipu, senang sahaja, iaitu apabila beliau membuka mulut maka itulah saatnya Anwar menipu”.

Ketika majlis pengumuman calon Pakatan Harapan terbukti lagi bahawa Anwar masih tidak berubah apabila telah meminggirkan Tian Chua sebagai calon dari Pakatan Harapan.

Alasan Anwar mudah sahaja kononnya berilah peluang kepada individu yang lebih muda pada pilihanraya umum ke 15.

Anwar lupa bahawa alasan tersebut memakan diri apabila penyokong Tian Chua dan rakyat memberi reaksi betapa Anwar sedang memperbodohkan ahli parti sendiri dan juga rakyat.

Rata-rata mempertikaikan alasan Anwar kerana umur beliau sendiri adalah 75 tahun, Wan Azizah 65 tahun sedangkan Tian Chua berumur 58 tahun.

Bukan setakat mempersendakan Anwar kerana cuba memutar belit alasan tetapi ramai di kalangan ahli mereka sendiri sedar ketika pengumuman calon, Anwar mengamalkan nepotisma, memilih isteri dan anaknya sahaja sebagai calon berbanding mengenengahkan calon baru yang lebih muda dan berpotensi.

Wan Azizah ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri hanyalah bersifat ‘tunggul kayu’ dan tidak mempunyai apa-apa rekod yang boleh dibanggakan.

Paling malang, beliau yang juga sebagai Menteri Pembangunan Wanita tidak mampu menghalang golongan gay, lesbian dan LGBT pada perarakan Hari Wanita Sedunia.

Paling teruk, ketika kerajaan Pakatan Harapan menzalimi rakyat dengan pelbagai tindakan seperti memotong dan memansuhkan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah dan mahasiswa. Anwar, Wan Azizah dan anaknya Nurul Izzah tidak bertindak menghalang atau berlagak bagaikan hero rakyat.

Hari ini, pada setiap ceramah kempen politiknya, Anwar cuba tonjolkan diri sebagai pembela rakyat.

Maka betullah apa yang kawan-kawan Anwar perkatakan, Anwar buka sahaja mulut terus berbohong.

No comments

Ads Place