Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Zahid Tidak Mampu Kawal UMNO?

Tindakan terdesak mengkucar-kacirkan UMNO BN dari dalam oleh sekumpulan kecil nampaknya seperti mendapat sokongan dari Presiden UMNO sendiri...


Tindakan terdesak mengkucar-kacirkan UMNO BN dari dalam oleh sekumpulan kecil nampaknya seperti mendapat sokongan dari Presiden UMNO sendiri.

Zahid dilihat menyepi dan gagal mengawal UMNO apabila kumpulan ini lantang mengkritik terutama di dalam isu tarikh pembubaran parlimen dan poster boy UMNO BN bagi pilihanraya umum ke 15.

Walaupun Majlis Kerja Tertinggi UMNO telah membuat keputusan yang jelas berkait dengan isu tersebut dan telah mendapat mandat sepenuhnya perwakilan UMNO dari seluruh negara melalui Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan Khas perwakilan namun usaha untuk memecah belahkan UMNO dari dalam nampaknya semakin jelas dan terbuka.

Adakah Zahid merestui tindakan kumpulan yang terdesak dan mempunyai agenda politik peribadi ini?

UMNO seperti sudah ditawan oleh kumpulan tersebut untuk terus menguasai parti dan Top 5 juga dilihat membisu tanpa ada kenyataan balas untuk meredakan kegelisahan akar umbi. 

Kemana UMNO hendak dibawa?

Adakah UMNO sekarang mula mengikut arahan dari kumpulan kecil yang hanya kuat bersuara yang jelas hanya berselindung di sebalik kepentingan politik mereka?

Ahli UMNO perlu bangkit dan bersuara untuk menolak kumpulan kecil ini. Sejarah dunia telah lama membuktikan bahawa peranan ‘Kuda Trojan’ boleh menghancurkan parti.

Kalau Zahid sudah tidak mampu lagi mengawal dan menguruskan parti kerana tertekan dengan kes rasuah di mahkamah maka segeralah memberi laluan kepada pemimpin lain untuk memimpin UMNO BN bagi menghadapi PRU15 dan bukannya ‘menyerahkan’ nasib parti ini kepada kumpulan Kuda Trojan.

No comments

Ads Place