Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Zahid Restui Tindakan Lokman Adam Menyerang Ismail Sabri?

Hampir setiap malam Lokman Adam menyerang PM Ismail Sabri. Pelbagai isu beliau jadikan modal untuk memfitnah perdana menteri yang datangnya ...


Hampir setiap malam Lokman Adam menyerang PM Ismail Sabri. Pelbagai isu beliau jadikan modal untuk memfitnah perdana menteri yang datangnya dari UMNO sendiri seolah-olah mendapat restu daripada Zahid sendiri.

Hasutan jahat demi merosakkan imej PM Ismail Sabri dibuat melalui saluran YouTube milik peribadi Lokman hanya bertujuan nama baik perdana menteri dilihat buruk pada mata ahli UMNO sendiri.

Insiden PM Ismail Sabri ‘di boo’ ketika majlis Amanat Presiden oleh sekumpulan kecil yang termakan dengan hasutan Lokman sepatutnya tidak berlaku. Apa lagi kejadian tersebut adalah ketika Presiden UMNO, Zahid Hamidi sedang berucap. Setiap kali Zahid menyebut nama PM Ismail Sabri, ketika itulah kumpulan kecil tersebut berteriak menghina perdana menteri. Ianya seperti dirancang malah direstui.

Berlainan pula dengan apa yang berlaku di mesyuarat MKT pada malam yang sama. Mesyuarat kepimpinan tertinggi itu berjalan di dalam suasana yang cukup harmoni. Tiada kedengaran langsung desakan pembubaran parlimen dan aksi ‘boo’ kepada PM Ismail Sabri. Adakah kesemua ahli Majlis Kerja Tertinggi telah memahami apa sebenarnya kekangan serta masalah sebenar termasuk desakan pembubaran parlimen adalah kerana ianya merupakan agenda individu tertentu yang sedang ‘mengejar’ waktu pendakwaan di mahkamah?

Pada malam itu juga mesyuarat sebulat suara menegaskan bahawa tarikh pilihanraya umum ke 15 akan dibincangkan antara Presiden dan Perdana Menteri termasuk ‘Top5’.

Apakah ahli UMNO yang hadir pada malam tersebut diperbodohkan oleh kumpulan yang begitu terdesak menggunakan alasan bubar parlimen untuk melepaskan tengkok dari perbicaraan mahkamah?

Azalina sendiri dipergunakan sebagai alat untuk menghina perdana menteri. Maruah PM Ismail Sabri sebagai perdana menteri dijatuhkan, dihina dan disorak dengan sorakan yang amat memalukan.

Paling teruk, Azalina umpama jurucakap kepada Presiden mendesak agar perdana menteri melakukan perkara yang salah iaitu melanggari perlembagaan dengan membelakangkan prinsip pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan judisiari.

Segala apa yang berlaku pada malam tersebut menjadi tontonan rakyat umum dan bukan sahaja kepada ahli UMNO.

Apakah dengan cara melanggar perlembagaan negara untuk kepentingan individu maka UMNO boleh menang di pilihanraya umum ke 15?

Dulu Lokman Adam menyerang Zahid siang dan malam. Sekarang Lokman Adam menjulang Zahid hampir setiap waktu.

No comments

Ads Place