Ahli UMNO secara berterusan dimomokkan dengan fantasi yang indah-indah dari Lokman Adam. Terbaharu, Lokman menjual mimpi indah kepada ahli U...
Ahli UMNO secara berterusan dimomokkan dengan fantasi yang indah-indah dari Lokman Adam.
Terbaharu, Lokman menjual mimpi indah kepada ahli UMNO di seluruh negara dengan melabelkan bahawa individu yang paling berkuasa di negara ini adalah Zahid Hamidi berdasarkan kedudukannya sebagai Presiden UMNO iaitu parti politik yang berpotensi besar memenangi pilihanraya umum akan datang.
Angkuh, bongkak dan sombong kenyataan Lokman seolah UMNO kini berada di posisi paling kuat antara parti yang ada di Malaysia.
Itulah cara Lokman Adam menonjolkan diri. Dia bertindak seperti dirinya adalah jurucakap rasmi kepada UMNO BN.
Lokman tahu Zahid sedang berhadapan dengan 47 kes rasuah di mahkamah. Kenyataannya ini sengaja dibuat untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada UMNO.
Walaupun keputusan rasmi mengenai parti UMNO telah pun dibuat berhubung perkara penting termasuk calon poster boy UMNO BN bagi pilihanraya umum ke 15 tetapi bagi Lokman Adam, tugasnya seolah-olah memesongkan apa yang telah diputuskan oleh kepimpinan UMNO terutama keputusan rasmi parti yang telah dibuat di Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan termasuk terbaharu di Perhimpunan Agung Khas.
Bukan itu sahaja, keputusan mengenai pembubaran parlimen dan poster boy UMNO BN telah berulang kali dinyatakan termasuk melalui mesyuarat majlis kerja tertinggi UMNO yang diadakan dua minggu yang lalu.
Namun Lokman Adam tetap berusaha untuk mengelirukan ahli UMNO dengan kenyataan yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dan ahli UMNO keseluruhannya.
Tindakan terdesak dan nekad Lokman dilihat lebih menjurus kepada untuk mengagalkan UMNO bagi memenangi pilihanraya umum ke 15 dan bukannya untuk memenangkan UMNO.
No comments