Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

‘War Cry’ UMNO BN Bukannya ‘Bubar Parlimen’

Apabila seorang ‘ketua’ gagal memberi panduan yang tepat kepada anak buahnya maka sebesar mana jumlah ahli kumpulan tersebut tidak membawa m...


Apabila seorang ‘ketua’ gagal memberi panduan yang tepat kepada anak buahnya maka sebesar mana jumlah ahli kumpulan tersebut tidak membawa makna yang besar kepada halatuju perjuangan mereka.

Begitu juga kepada kumpulan parti politik. Ketua perlu memberi pemahaman kepada ahli bermula daripada asas kepada ‘peperangan’ apabila tiba waktunya.

UMNO BN dilihat mempunyai masalah kepimpinan di ‘peringkat ketua’. Kali ini di peringkat sayap Pemuda. Sebelum ini Presiden sendiri dilihat bermasalah.

Himpunan perasmian jentera pemuda BN yang berlangsung dua hari lepas nampak secara kasar berjaya dari segi jumlah kehadiran tetapi gagal dari segi kepimpinan mengambil kesempatan menerangkan titik fokus terakhir bagi menghadapi pilihanraya umum yang terlalu penting bagi hidup mati UMNO BN.

Sepatutnya ambil dan guna pendekatan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri iaitu menampakkan dan menegaskan betapa perlunya perpaduan sesama ahli di seluruh peringkat kerana hanya itu sahaja formula utama untuk menang bagi sebarang pilihanraya termasuk pilihanraya umum.

Parti UMNO BN akan kalah lebih teruk sekiranya tiada kesepakatan sesama jentera dari akar umbi hingga kepada kepimpinan utama.

Contoh dari PM Ismail Sabri sudah ada. Beliau adalah ‘batang tubuh penyatuan’ di peringkat Kerajaan Keluarga Malaysia. Formula perpaduan telah beliau buktikan dan pihak parti musuh UMNO sendiri kagum dan akur dengan cara PM Ismail Sabri menguruskan negara.

Gunalah kelebihan yang UMNO BN ada sekarang dan bukannya jerit pekik ‘bubar parlimen’ yang dinampakkan sebagai penaik semangat untuk ke medan pilihanraya umum ke 15. 

Tarikh pembubaran sepatutnya menjadi rahsia dan merupakan antara strategi menang bagi parti yang memimpin negara dan bukannya menghantar isyarat awal kepada musuh bila UMNO BN hendak pergi ‘berperang’.

Semua sayap di dalam UMNO BN perlu matang. Semakin dekat dengan pilihanraya maka perkara utama seperti membuang ‘musang berbulu ayam’ hendaklah dilakukan segera.

Anasir jahat ini bakal memusnahkan UMNO BN pada PRU15 nanti.

No comments

Ads Place