Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

UMNO: Perpaduan, Kesepakatan Jalan Untuk Menang PRU15

Tiada jalan lain bagi UMNO BN untuk menang pilihanraya umum ke 15 selain daripada wujudnya perpaduan dan kesepakatan seluruh ahli UMNO di ke...


Tiada jalan lain bagi UMNO BN untuk menang pilihanraya umum ke 15 selain daripada wujudnya perpaduan dan kesepakatan seluruh ahli UMNO di kesemua peringkat.

Formula kemenangan ini telah dibuktikan oleh UMNO  di 7 siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri, Melaka dan Johor. 

Rakyat juga ingin melihat bagaimana sebuah parti politik terbesar dan mempunyai rekod prestasi cemerlang berkhidmat kepada rakyat sebelum ini mampu menjadi contoh terbaik sekali lagi. 

Bagaimana ingin memerintah negara sekiranya sesama ahli bercakaran, melontar fitnah dan berpuak-puak?

Adakah kerana terlalu selesa dengan kemenangan di beberapa pilihanraya hingga melupakan kekalahan yang memalukan pada pilihanraya umum ke 14?

Ahli UMNO perlu bersepakat untuk menolak agen perosak parti. ‘Musang berbulu ayam’ dari kumpulan ‘Kuda Trojan’ perlu dikeluarkan dari parti dengan segera. Usaha mereka untuk pecah belahkan UMNO dari dalam meletakkan kedudukan UMNO BN di zon yang tidak selesa memenangi pilihanraya umum ke 15.

YAB Perdana Menteri sendiri berulang kali menyeru agar ahli UMNO kukuhkan hubungan sesama ahli di seluruh peringkat sekiranya UMNO BN ingin bangkit sekali lagi.

Tiada jalan pintas bagi UMNO BN.

No comments

Ads Place