Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Tuduhan Lokman Adam Terhadap PM Ismail Sabri Terlalu Berat

Setiap hari Lokman Adam menyerang YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Tujuannya hanya satu, merosakkan nama baik PM Ismail Sabri den...


Setiap hari Lokman Adam menyerang YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Tujuannya hanya satu, merosakkan nama baik PM Ismail Sabri dengan apa cara sekali pun supaya beliau tidak akan menjadi perdana menteri sekiranya UMNO BN memenangi pilihanraya umum ke 15 kelak.

Terbaharu, Lokman Adam menuduh kononnya wujud perjanjian antara PM Ismail Sabri dengan Muhyiddin Yassin berhubung dengan kedudukan Peguam Negara.

Sebenarnya: Kedudukan dan perlantikan seseorang peguam negara adalah di bawah kuasa Yang diPertuan Agong. Perdana Menteri hanya mencadangkan sahaja. (Pekara 145).

Lokman Adam dengan berniat jahat cuba memesongkan fakta berkait dengan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC.

Sebenarnya: Lokman Adam cuba memperbodohkan ahli UMNO. Keberadaan PM Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah pilihan dan sokongan majoriti ahli parlimen dari pelbagai parti politik termasuk ‘musuh politik’ UMNO BN dan bukannya dari undian rakyat.

Ini adalah kerana kerajaan yang memenangi pilihanraya umum ke 14 yang diketuai oleh Mahathir terbubar dengan sendiri akibat daripada Mahathir didapati hilang sokongan majoriti ahli parlimen termasuk dari ahli parlimen partinya sendiri.

Ismail Sabri akhirnya dipilih sebagai Perdana Menteri dan beliau terus memperkenalkan kerajaan campuran dari pelbagai parti sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia.

Maka jawatan sebagai sebuah kerajaan yang terdiri daripada pelbagai parti politik yang berbeza idealogi, jawatan menteri, timbalan perdana menteri dan pengerusi GLC dikekalkan. 

Perubahan sedikit hanya berlaku di beberapa kementerian, walaupun bertukar menteri tetapi PM Ismail Sabri masih mengekal bilangan ‘kuota’ jawatan mengikut parti politik yang ada di dalam Kerajaan Keluarga Malaysia.

Ada juga pengerusi GLC yang tidak disambung tugas dan digantikan dari parti politik yang lain. Contohnya pengerusi PTPTN. Jadi adalah tidak benar sekiranya tidak wujud senario ‘flexible’ bagi pihak Perdana Menteri bagi mengekalkan kuasa prerogatif yang ada padanya bagi perlantikan ke jawatan yang tersebut.

Perlu diingat, PM Ismail Sabri adalah satu-satunya perdana menteri yang berani mengajak parti pembangkang menandatangani MOU dengan tujuan politik di negara ini dapat distabilkan supaya segala perancangan ‘membangunkan’ negara kesan daripada virus covid19 dapat berjalan mengikut jadual. Mengutamakan masalah rakyat dan negara, itu fokus PM Ismail Sabri.

Lokman Adam di dalam serangan terbaharunya melalui saluran YouTube milik peribadinya membuat tuduhan jahat kononnya PM Ismail Sabri mencampuri urusan kes Zahid Hamidi melalui Jabatan Peguam Negara dengan ‘mengarahkan’ agar menyegerakan kes yang dihadapi Zahid Hamidi.

Sebenarnya: PM Ismail Sabri adalah perdana menteri yang menjaga kepentingan perlembagaan negara dengan tidak mengganggu konsep teras pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan judisiari. Perbuatan merosakkan perlembagaan negara adalah satu jenayah yang besar.

Di dalam kes Najib dan Zahid, tiada bukti menunjukkan ianya dipercepatkan seperti yang didakwa oleh Lokman Adam, apa yang rakyat lihat adalah sebaliknya, kes ditangguhkan beberapa kali.

Adakah Lokman Adam cuba menghasut seluruh ahli UMNO termasuk pemimpin utama dan perdana menteri melakukan jenayah berat?

Siapa Lokman Adam? Penjenayah terancang terhadap kedaulatan undang-undang?

No comments

Ads Place