Majlis Pemulihan Negara gagal. Itulah hakikat yang sepatutnya diterima oleh Muhyiddin Yassin yang dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi ba...
Majlis Pemulihan Negara gagal. Itulah hakikat yang sepatutnya diterima oleh Muhyiddin Yassin yang dipertanggungjawabkan sebagai pengerusi badan yang dibentuk untuk menasihati Kerajaan Keluarga Malaysia.
Muhyiddin dilihat lebih mencadangkan kewujudan majlis berkenaan untuk kepentingan diri sendiri dan bukannya bertindak sebagai badan yang menasihati kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri berkait dengan memperkasakan ekonomi negara ekoran kesan daripada pandemik covid 19.
Cadangan Muhyiddin supaya MPN dijadikan sebuah kementerian baharu adalah tidak masuk akal sama sekali.
Apa rasionalnya cadangan tersebut jika bukan kerana kedudukan beliau dan mahu menggunakan MPN sebagai platform untuk mengintai jawatan?
Apa pula rasionalnya mahu menambah satu lagi kementerian apabila di dalam MPN itu sendiri diwakili oleh menteri-menteri seperti Azmin Ali dan Mustapha Muhamad yang mewakili parti PPBM serta kementerian masing-masing dan berkait dengan ekonomi?
Muhyiddin sengaja menimbulkan kekeliruan berhubung fungsi Majlis Pemulihan Negara. Sepatutnya badan ini bertindak menasihati kerajaan Keluarga Malaysia dengan idea yang tuntas dan bukannya ‘menasihati’ kerajaan untuk menambahkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya.
Masih tidak cukupkah gaji yang beliau terima sebagai Pengerusi MPN yang bertaraf menteri?
Sebaiknya Muhyiddin cadangkan supaya MPN dibubarkan segera dan beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya kegagalan badan tersebut dengan meletakkan jawatan. Malah Muhyiddin juga perlu elakkan diri dari terus bercakap mewakili MPN untuk mempertikaikan apa sahaja keputusan kerajaan Keluarga Malaysia dari dalam kerana ianya boleh diterjemahkan kepada ketidakstabilan politik dan boleh menghakis kepercayaan pelabur luar kepada kerajaan.
Dan paling elok untuk Muhyiddin bermuhasabah diri agar imej kegagalan atas batang tubuhnya tidak terus menerus terpalit dengan rekod kejayaan kerajaan Keluarga Malaysia.
No comments