Ketika UMNO mencapai kemenangan di 7 siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri iaitu Melaka dan Johor, UMNO BN dilihat sudah mula da...
Ketika UMNO mencapai kemenangan di 7 siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri iaitu Melaka dan Johor, UMNO BN dilihat sudah mula dapat menarik kembali keyakinan rakyat.
UMNO BN di seluruh peringkat berjaya menunjukkan keutuhan dalaman parti kepada rakyat. Bukan suatu yang mudah untuk bangkit setelah kalah teruk di PRU14 yang lepas.
UMNO begitu bernasib baik apabila Dato Seri Ismail Sabri dipilih oleh majoriti ahli parlimen sebagai Perdana Menteri ke 9 bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.
Walaupun berlainan parti dan mereka bukannya dari UMNO BN tetapi keberadaan dan kewibawaan Ismail Sabri ketika menjadi Ketua Pembangkang dan juga menteri kanan bagi kerajaan Muhyiddin selepas itu mampu menyakinkan majoriti ahli parlimen betapa Ismail Sabri adalah layak menjadi perdana menteri.
Kebijaksanaan PM Ismail Sabri menguruskan negara melalui fasa pandemik covid19, meletakkan kembali ekonomi negara dan rakyat pada tempat yang sebaiknya selepas terkesan dengan virus membunuh, kejayaan mengawal permainan kotor kartel terhadap harga barangan keperluan rakyat dan mengawal inflasi negara sehinggakan muncul negara yang terbaik di ASEAN di dalam pengawalan kadar inflasi. Ini antara faktor yang menambat hati rakyat terhadap kepimpinan perdana menteri dari UMNO.
Rupa-rupanya ada pihak yang tidak senang dengan usaha PM Ismail Sabri menambat hati rakyat. Ada pihak cemburu. Kumpulan ini bertindak jauh lebih dasyat daripada musuh sebenar parti UMNO.
Apabila gagal meracuni ahli UMNO supaya menolak PM Ismail Sabri dengan menggunakan alasan pasca fasa pandemik covid, kini mereka beralih pula kepada ‘memaksa’ PM Ismail Sabri melanggari perlembagaan negara dengan merosakkan prinsip pengasingan kuasa antara Eksekuti, Legislatif dan Judisiari.
Selama ini ahli UMNO disematkan dengan kata-kata hikmat sebagai panduan perjuangan parti, “pemimpin datang dan pergi, parti kekal berdiri”, “utamakan kepentingan parti dan bukannya berjuang untuk kepentingan individu” dan pelbagai lagi. Akhirnya kumpulan terdesak ini cuba memesongkan pemikiran ahli parti yang setia. Hampir saban hari menyerang PM Ismail Sabri dengan tujuan hanya satu iaitu menggagalkan keberadaan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Kesungguhan PM Ismail Sabri menarik kembali keyakinan rakyat terhadap UMNO BN cuba dirosakkan oleh talibarut yang mempunyai agenda jahat merosakkan UMNO dari dalam.
Ahli UMNO seharusnya sedar bahawa Barisan Nasional tidak mampu untuk kalah lagi sekali di PRU15.
Ahli UMNO harus yakin dengan pilihan Majlis Kerja Tertinggi dan Top 5 bahwa Ismail Sabri adalah calon tunggal BN sebagai Poster Boy bagi menghadapi PRU15.
Ahli UMNO perlu menyokong segala dasar yang dibawa oleh PM Ismail Sabri adalah untuk manfaat seluruh rakyat dan kebaikan negara.
Ahli UMNO jangan sekali-kali terjebak dengan jerat individu yang mempunyai kepentingan peribadi seperti Lokman Adam. Beliau berjaya menghasut sebilangan kecil ahli UMNO supaya menghina Ismail Sabri secara berterusan. Lihat sahaja apa berlaku di majlis Amanat Presiden tempohari. Jeritan ‘boo’ kepada perdana menteri dari UMNO adalah amat tidak wajar tetapi itulah apa yang dihajati oleh talibarut seperti Lokman Adam.
Bagaimana imej parti sebagai Poster Boy dijadikan sasaran hinaan?
No comments