Bagaimana pemilihan Poster Boy dibuat oleh sesebuah parti? Bukan suatu yang mudah untuk meletakkan seorang individu sebagai ‘Poster Boy’ kep...
Bagaimana pemilihan Poster Boy dibuat oleh sesebuah parti?
Bukan suatu yang mudah untuk meletakkan seorang individu sebagai ‘Poster Boy’ kepada sesebuah parti politik kerana ianya membawa imej yang terbaik kepada parti tersebut.
Antara ciri utamanya adalah, tiada skandal samada isu rasuah atau wanita. Tiada kes salah guna kuasa dan mencampuri urusan badan yang termaktub di dalam ruang lingkup kuasa iaitu menghormati pengasingan kuasa eksekutif, legaslatis dan judisiari.
Poster Boy adalah taruhan parti politik sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihanraya umum.
Mana mungkin sesebuah parti politik meletakkan calon Perdana Menteri dari individu yang begitu mudah membuka ruang ‘diserang’ oleh pihak lawan dengan isu-isu peribadi yang terseret bersamanya?
UMNO BN juga tidak terkecuali, pemilihan Poster Boy bagi menghadapi pilihanraya umum ke 15 ini amatlah penting kerana UMNO BN tidak lagi boleh kalah. Tewas kali ini bermakna UMNO bakal berkubur seperti parti-parti lain yang pernah memerintah negara pada jangka waktu yang lama seperti Golkar di Indonesia dan banyak lagi.
UMNO BN perlu tonjolkan calon Perdana Menteri dan parti yang bersih. Apabila terlalu lama memerintah maka untuk mendapat dan mengekalkan kepercayaan rakyat kepada parti yang bakal menjadi kerajaan maka UMNO BN perlu konsisten membersihkan juga parti keramat ini.
Pemimpin datang dan pergi tetapi UMNO akan kekal untuk meneruskan wadah berkhidmat kepada rakyat.
UMNO BN kini mempunyai kelebihan berbanding dengan parti politik yang lain kerana di dalam masa hampir 4 tahun selepas pilihanraya umum ke 14, tiga orang Perdana Menteri menerajui negara. Mahathir gagal kerana kerenah bersama kerajaannya sendiri, Muhyiddin yang memggantikan Mahathir juga gagal kerana hilang kepercayaan dari majoriti ahli parlimen.
Kini setelah setahun Ismail Sabri menggantikan Muhyiddin, rakyat boleh menjadi saksi siri kejayaan pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin Ismail Sabri.
Kejayaan menguruskan penularan virus covid19 dan meletakkan kembali ekonomi negara di tempat yang sepatutnya akibat daripada virus membunuh tersebut.
Bukan itu sahaja, Dato Seri Ismail Sabri sebelum ini telah menunjukkan bukti bahawa beliau adalah Menteri yang tidak pernah menimbulkan masalah di lima kementerian yang pernah dijaganya.
Pernahkah anda dengar selama beliau berada di dalam kerajaan sebagai menteri ada isu yang boleh merosakkan nama baik beliau dan juga UMNO BN?
No comments