Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

‘Poster Boy’ Adalah Produk UMNO Untuk Rakyat Di PRU15

Dalam kempen pilihanraya, selain janji untuk rakyat melalui manifesto, ‘batang tubuh’ siapakah susuk tubuh Perdana Menteri yang akan ditonjo...


Dalam kempen pilihanraya, selain janji untuk rakyat melalui manifesto, ‘batang tubuh’ siapakah susuk tubuh Perdana Menteri yang akan ditonjolkan untuk menjaga rakyat dan negara.

Poster Boy adalah produk yang boleh dilihat dan dinilai oleh rakyat melalui apa yang telah dilaksanakannya selama ini.

UMNO melalui Majlis Kerja Tertinggi, Pengerusi Perhubungan Negeri dan Top 5 telah membuat keputusan bahawa Poster Boy UMNO BN adalah Dato Seri Ismail Sabri.

Keputusan penting tersebut dibuat dengan penuh cermat dan bersandarkan siri kejayaan penting yang mampu meyakinkan rakyat bahawa Ismail Sabri adalah calon UMNO BN yang paling layak.

Ketika UMNO BN menjadi pembangkang bersama dengan PAS dan beberapa parti politik yang lain, Ismail Sabri diberi kepercayaan menggalas jawatan Ketua Pembangkang di parlimen.

Ketika kerajaan campuran terbentuk, Ismail Sabri dipertanggungjawabkan sebagai Menteri Kanan Pertahanan dan sebagai perancang utama mencegah penularan virus covid19 yang pada ketika itu sedang memuncak kadar jangkitannya.

Akhirnya, majoriti ahli parlimen dari pelbagai parti politik menyokong dan menamakan beliau sebagai Perdana Menteri ke 9 bagi menggantikan Muhyiddin Yassin. Tanpa menunggu lama, PM Ismail Sabri terus melancarkan konsep kerajaannya sebagai Kerajaan Keluarga Malaysia.

Hasilnya, UMNO BN menang di 7 siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri, Melaka dan Johor. Impak daripada kejayaan beliau membawa Malaysia dari fasa pandemik kepada fasa endemik covid19 dan kejayaan pemulihan ekonomi negara yang berstruktur lebih awal dari yang dijadualkan telah berjaya membuka mata rakyat dan negara jiran. Malaysia muncul sebagai antara negara terpantas di dunia yang bangkit dari kesan penularan virus itu.

Adalah merugikan sekiranya ahli UMNO tidak mengambil manfaat dari keberadaan Ismail Sabri. Janganlah terikut rentak kumpulan yang sedang berusaha dengan gigih untuk kuburkan UMNO BN buat kali kedua.

Hari-hari bersiaran dari saluran langsung Youtube bukan untuk memberitakan kebaikan UMNO dan kepimpinannya tetapi terus-menerus memfitnah dan mengadu domba agar UMNO BN terus berpecah.

No comments

Ads Place