Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Mat Hasan Bukan ‘Material’ Kerajaan Pusat

Sepatutnya Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan perlu mengembalikan maruah dirinya dan UMNO BN Negeri Sembilan. Bukannya cuba menutup kele...


Sepatutnya Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan perlu mengembalikan maruah dirinya dan UMNO BN Negeri Sembilan. Bukannya cuba menutup kelemahan dan kegagalan beliau yang menyebabkan Negeri Sembilan jatuh ke tangan Pakatan Harapan.

Negeri Sembilan adalah antara kubu kuat UMNO BN dan tiada siapa sangka UMNO BN boleh kalah dengan mudah di tangan Pakatan Harapan ketika Mohamad Hasan yang memimpin negeri itu.

Mohamad Hasan perlu membuktikan beliau mampu merampas kembali Negeri Sembilan dan bukannya sibukkan diri mencatur calon parlimen BN bagi pilihanraya umum ke 15.

Sebagai Timbalan Presiden UMNO dan pengarah pilihanraya UMNO pusat, Mohamad Hasan tidak boleh menggunakan kedudukannya sesuka hati untuk kepentingan peribadinya.

Khairy Jamaluddin, calon UMNO BN yang boleh menang dan mempunyai rekod cemerlang ketika menjadi menteri ‘diketepikan’ begitu sahaja oleh Mohamad Hasan? Apa justifikasi Mohamad Hasan apabila meminta Khairy mengosongkan kerusi parlimen Rembau untuk dirinya sendiri?

Sebagai pemimpin yang bertanggungjawab di atas kekalahan UMNO BN di Negeri Sembilan, kenapa Mohamad Hasan tidak memberi tumpuan kepada merampas kembali negeri itu.

Sebagai pengarah pilihanraya UMNO pusat, Mohamad Hasan cuba mengambil peluang untuk terus berada di ‘Top 2’ kerajaan pusat apabila mula nampak UMNO BN akan menang pada PRU15 kelak?

Sehingga kini, Mohamad Hasan tidak pernah menyatakan kemaafan kepada ahli UMNO BN berikutan kegagalannya mempertahankan Negeri Sembilan. 

Adakah kesemuanya salah Najib?

No comments

Ads Place