Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Lokman Adam Terus Menipu, Menipu, Menipu

Nampaknya Lokman Adam masih belum putus asa menghasut ahli UMNO.  Kalau sebelum ini, Lokman Adam menggunakan pendekatan melaga-lagakan pemim...


Nampaknya Lokman Adam masih belum putus asa menghasut ahli UMNO. 

Kalau sebelum ini, Lokman Adam menggunakan pendekatan melaga-lagakan pemimpin utama UMNO. Beliau lagakan Presiden UMNO Zahid dengan Ismail Sabri, Najib Razak dengan Zahid dan juga dengan Ismail Sabri. Malangnya usaha beliau semakin menampakkan belang penipuannya sendiri.

Dalam video siar langsungnya yang terbaru, Lokman cuba menghasut ahli UMNO di peringkat cawangan supaya membuat usul menggugurkan PM Ismail Sabri sebagai poster boy BN bagi menghadapi pilihanraya umum ke 15.

Nampak dengan jelas Lokman Adam begitu terdesak, mungkin kerana ‘kerja jahatnya’ tidak menepati perjanjian iblisnya dengan ‘Towkey’ yang menjadi dalang utama merosakkan UMNO BN dari dalam.

Lokman menipu apabila menuduh PM Ismail Sabri mengarahkan supaya cawangan UMNO di seluruh negara yang sedang bermesyuarat sekarang supaya mencadangkan PM Ismail Sabri dikekalkan sebagai poster boy bagi PRU15 kelak.

Sebenarnya: Keputusan mencalonkan PM Ismail Sabri sebagai poster boy BN sudah mendapat sokongan sebulat suara bukan sahaja dari Top 5, Ahli Majlis Kerja Tertinggi dan Pengerusi Badan Perhubungan Negeri sahaja malah mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari perwakilan seluruh negara di Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan Khas Agung UMNO baru-baru ini.

Malah di mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dua minggu yang lalu juga menegaskan bahawa PM Ismail Sabri adalah satu-satunya calon poster boy BN.

Jadi, kenapa perlunya ada usul khas dari cawangan? Lokman Adam ‘kantoi’menipu terang-terangan di dalam isu ini.

Lokman juga terus memutar belit kandungan ‘perjanjian’ antara PM Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin berhubung butiran 7,8 dan 9.

Sebenarnya kandungan tersebut:

Butiran 7: Perdana Menteri yang baharu dilantik juga memberi akujanji akan mengekalkan perlantikan ahli-ahli anggota PN dalam Badan Berkanun dan Syariket Berkaitan Kerajaan.

Butiran 8: Selaras dengan prinsip integriti dan tadbirurus yang baik, Perdana Menteri yang baharu dilantik juga memberi akujanji untuk meneruskan perlaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP), melindungi kebebasan badan kehakiman dan menghormati prinsip pengasingan kuasa.

Butiran 9: Perdana Menteri yang baharu dilantik hendaklah memberi akujanji untuk mengagihkan peruntukan khas Perdana Menteri menurut pembahagian tertentu.

Kenapa Lokman Adam terus menerus menipu?

Jawapannya mudah, beliau cuba alihkan perhatian kerana kenyataan dakwaan dan fitnah jahat beliau sudah dilaporkan secara rasmi kepada pihak polis.

Lokman juga mendakwa PM Ismail Sabri menipu Majlis Kerja Tertinggi kononnya tidak memaklumkan MKT berkenaan ‘perjanjian’ tersebut.

Sebenarnya: Jika PM Ismail Sabri menipu maka di mesyuarat terbaru MKT dua minggu yang lalu, akan berbangkit isu ini dan PM Ismail Sabri bakal berhadapan dengan biro disiplin UMNO tetapi apa yang berlaku adalah hubungan kepimpinan tertinggi MKT pada malam tersebut begitu harmoni dan tidak timbul isu yang dimomokkan oleh Lokman dan kuncu macainya.

Di siar langsung YouTube itu juga Lokman Adam terus menerus cuba memanipulasi ahli UMNO di peringkat cawangan kononnya membenci PM Ismail Sabri.

Sebenarnya: Bukti jelas ketika  majlis Taklimat Presiden dua minggi yang lalu, tidak sampai pun 10 orang yang kononnya ahli UMNO bertempik sorak ‘memboo’ PM Ismail Sabri. Menurut sumber, mereka adalah macai Lokman.

Kenapa perlu ada usul dari Lokman untuk menghasut cawangan mengugurkan nama Ismail Sabri sebagai Poster Boy? Siapa Lokman dalam UMNO yang jelas menolak keputusan PAU dan MKT?

No comments

Ads Place