Apabila Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke tujuh, Muhyiddin dipilih dan disokong oleh majoriti ahli parlimen dari pelbag...
Apabila Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ke tujuh, Muhyiddin dipilih dan disokong oleh majoriti ahli parlimen dari pelbagai parti politik untuk menggantikan tempatnya.
Muhyiddin hanya mampu bertahan selama tujuh belas bulan sahaja sebagai perdana menteri dan akhirnya terpaksa undur diri akibat majoriti ahli parlimen hilang kepercayaan kepadanya.
Rakyat sendiri yang melabelkan Muhyiddin sebagai ‘Perdana Menteri yang gagal’ kerana sepanjang tempoh menjalankan tugas tersebut, Muhyiddin gagal menguruskan rakyat dan negara. Lebih-lebih lagi di saat negara dan dunia mengharungi cabaran pandemik covid19.
Bukan setakat gagal menguruskan rakyat dan negara, Muhyiddin juga gagal sebagai sahabat setia di dalam parti di dalam kerajaan Pakatan Harapan. Beliau keluar dari gabungan parti tersebut dan membuat pakatan baharu dengan parti lain dan tertubuh Perikatan Nasional.
Gabungan parti politik yang baharu ini juga gagal. Buktinya, di beberapa siri pilihanraya kecil dan dua pilihanraya negeri Melaka dan Johor.
Badi kegagalan berterusan Muhyiddin jelas terbukti apabila beliau dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi Negara.
Apa cadangan Muhyiddin dan jawatankuasa lantikannya sendiri yang memberi impak tinggi kepada rakyat dan ekonomi negara bagi kerajaan menghadapi kesan daripada pandemik covid19 seperti kenaikan mendadak harga barang keperluan rakyat?
Adakah cadangan Muhyiddin supaya parlimen dibubarkan segera adalah yang terbaik pernah difikirkan oleh beliau?
Menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir pun gagal, menguruskan parti politiknya sendiri pun gagal. Bagaimana nanti nasib rakyat dan negara apabila Muhyiddin sekali lagi menjadi Perdana Menteri?
No comments