Musang berbulu ayam, musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan adalah perumpamaan yang sama sahaja maksudnya. Biasanya sifat tercela ini...
Musang berbulu ayam, musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan adalah perumpamaan yang sama sahaja maksudnya.
Biasanya sifat tercela ini wujud akibat daripada perasaan cemburu, ego dan ada agenda tersembunyi demi kepentingan peribadi.
Timbul pertanyaan di kalangan ahli UMNO, adakah Zahid sedar apabila beliau mengungkapkan kata-kata “Kita tidak mahu ada musang di dalam reban ayam. Musang perlu dikeluarkan”.
Tahukah Zahid bahawa UMNO BN berada di dalam zon yang bahaya apabila wujudnya ‘musang di dalam reban’ dan terdiri daripada ketua UMNO Bahagian sendiri?
Kelompok musang ini dikatakan sedang ‘mengawal’ dan ‘menguasai’ Zahid dan kekecohan aksi membuka aib UMNO yang menunjukkan seolah UMNO sedang berpecah di majlis himpunan amanat presiden baru-baru ini adalah idea dan perancangan dari kumpulan musang tersebut?
Sedarkah Zahid, beberapa kerat ketua UMNO Bahagian yang sedang melagakan pemimpin tertinggi dan cuba menghuruharakan parti dari dalam supaya niat dan agenda mereka tercapai.
Apakah agenda individu lebih penting dari penyatuan sebuah parti?
Lihat saja bagaimana Azalina cuba memberikan cerminan negatif UMNO jika berkuasa untuk mencampuri urusan perundangan dan kehakiman negara. Bagaimana dicerminkan akan kerakusan UMNO jika berkuasa dan adakah ini cara UMNO mahu memenangi pru15.
Ucapan Azlina merupakan ucapan paling teruk dari seorang pemimpin UMNO yg berlatar belakangkan perundangan.
Bagaimana UMNO BN mampu menghadapi pilihanraya umum ke 15 jika kumpulan musang tidak dikeluarkan daripada UMNO?
Kumpulan musang ini tidak pernah kenal erti kenyang menyakau di dalam UMNO!
Anda pasti boleh agak siapakah mereka.
No comments