Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Cadangan, Idea Muhyidin melalui MPN Dibincangkan Dalam Kabinet. Muhyiddin Sepatutnya Faham Kenapa Kerajaan Tidak Laksana

Muhyiddin mempunyai niat jahat apabila dengan sengaja melontarkan isu kononnya kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri Dato ...


Muhyiddin mempunyai niat jahat apabila dengan sengaja melontarkan isu kononnya kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri tidak menerima cadangan yang beliau berikan melalui Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Muhyiddin cuba menyalahkan kerajaan di dalam isu cadangan dari MPN. Malah lebih teruk, cara Muhyiddin menutup kelemahan dirinya kepada rakyat adalah dengan menuding jari kepada orang lain.

Muhyiddin juga cuba mengelirukan rakyat tentang peranan yang dimainkan oleh MPN. Bagaimana sebuah badan penasihat kepada kerajaan bertindak? Adakah kesemua cadangan yang dibentangkan wajib diterima walaupun cadangan dan juga cara perlaksanaannya dikategorikan sebagai ‘idea yang teruk dan bodoh?’

Bagaimana pula dengan cadangan yang hanya sekadar ‘melepaskan batuk di tangga’? Adakah kerajaan perlu turuti dan menjadi ‘pak turut’ kepada badan tersebut?

Mungkin Muhyiddin lupa bahawa setiap cadangan samada dari apa juga kementerian dan badan penasihat akan dibawa ke mesyuarat kabinet dan akan diperhalusi sebelum dimuktamadkan? Kenapa Muhyiddin tidak jujur mengenai tatakelola sebelum kerajaan membuat keputusan?

Tugas Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara adalah memberi cadangan sahaja, namun sekiranya kerajaan mempunyai solusi yang jauh lebih baik dari MPN maka kerajaan berhak menolak apa juga cadangan termasuk cadangan dari MPN.

Muhyiddin tahu cadangan beliau diangkat dan dibincangkan dalam kabinet. Seharusnya Muhyidin sedar kenapa idea dan cadangan beliau tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Pasti idea atau cadangan yang Muhyiddin angkat melalui MPN itu tak boleh dipakai dan "idea bodoh" yang tidak harus kerajaan laksanakan.

Nampaknya Muhyiddin terus membawa badi gagal di dalam setiap apa yang beliau ‘sentuh’

Cukup-cukuplah. Jangan ‘lebih sudu dari kuah’!

No comments

Ads Place