Strategi yang sama cuba digunakan oleh musuh terhadap YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Cuma kali ini berbeza dengan serangan yang...
Strategi yang sama cuba digunakan oleh musuh terhadap YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri. Cuma kali ini berbeza dengan serangan yang digunakan terhadap Najib Razak.
Jika Najib Razak, sasaran serangan fitnah ditujukan kepada isteri dan anak-anaknya. Cerita tentang kemewahan isteri Najib dan keberadaan anak-anaknya.
Untuk menyerang bagi tujuan merosakkan imej PM Ismail Sabri pula mereka menjadikan pegawai-pegawai kanan beliau sebagai sasaran bermotifkan politik.
Kenapa mereka memilih untuk merosakkan nama PM Ismail Sabri?
Jawapannya mudah;
PM Ismail Sabri dilihat tiada liabiliti termasuk isteri dan keluarganya.
PM Ismail Sabri disenangi oleh rakyat dengan polisi Kerajaan Keluarga Malaysia yang menyentuh secara langsung bantuan kepada seluruh peringkat masyarakat.
Siapa yang mereka sasarkan?
Jawapannya mudah;
Pegawai seperti KSUS (yang paling banyak menjadi modal serangan), SUSK dan individu yang berada di sekeliling PM Ismail Sabri.
Modus serangan;
Menggambarkan betapa pegawai lebih berkuasa dari Perdana Menteri dengan menimbulkan persepsi jahat melalui sebaran ‘dokumen dan surat yang diubahsuai’ melalui rangkaian mesej berantai dan juga di laman sosial.
Oleh kerana umum tidak mengetahui tugasan setiap pegawai di Pejabat Perdana Menteri maka musuh dengan mudah memanipulasi kononnya pegawai-pegawai kanan Perdana Menteri banyak menyalahgunakan kuasa malah dinampakkan ‘begitu berkuasa’ hingga kononnya melangkaui kuasa seorang perdana menteri.
Bayangkan KSUS yang bertugas menulis surat kepada agensi kerajaan digambarkan begitu berkuasa sehingga boleh membuat keputusan atau arahan kepada sesebuah kementerian. Adakah urusan rasmi surat menyurat antara jabatan boleh menidakkan kuasa menteri di sesebuah kementerian?
Musuh memutarbelitkan keputusan kerajaan mengikut kemahuan mereka dengan meletakkan kesalahan kepada pegawai kanan yang terlibat.
Kenapa serangan fitnah berlaku dan siapakah mereka?
Jawabnya mudah;
Apabila sesuatu hajat peribadi tidak tertunai dan tidak kesampaian maka mereka akan merekayasa fitnah memburukkan pegawai kanan yang terlibat dan juga bertujuan untuk merosakkan kredibiliti perdana menteri.
Kumpulan ini begitu licik dan tidak akan mudah berhenti membuat fitnah.
No comments