Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ekonomi Negara: Muhyiddin Berpolitik Jahat

Siapa yang gagal menjalankan tugas sebagai perdana menteri sehingga terpaksa melepaskan jawatan kerana hilang sokongan majoriti ahli parlime...


Siapa yang gagal menjalankan tugas sebagai perdana menteri sehingga terpaksa melepaskan jawatan kerana hilang sokongan majoriti ahli parlimen?

Kenyataan terkini Muhyiddin mengenai YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri  harus membubarkan parlimen segera kerana kononnya gagal menguruskan ekonomi negara.

Ada dua isu Muhyiddin cuba menimbulkan kemarahan rakyat melalui mewujudkan persepsi politik jahatnya.

Pertama: Tohmahan PM Ismail Sabri gagal menguruskan ekonomi negara

Faktanya: Muhyiddin seperti meludah ke muka sendiri. Muhyiddin Yassin seperti individu menghidap penyakit Alzheimer, sejenis penyakit lupa keadaan diri sendiri, lupa apa yang beliau lakukan sesaat yang lalu dan lupa siapa di sekelilingnya termasuk anak isterinya sendiri.

Muhyiddin sememangnya lupa siapa dirinya di dalam Majlis Pemulihan Ekonomi Negara yang beliau sendiri minta wujudkan dan tanpa rasa malu dia sendiri juga yang mendesak supaya dilantik sebagai Pengerusi majlis yang amat penting tersebut. Majlis yang menjadi badan penasihat kepada proses pemulihan ekonomi pasca covid19.

Apa yang Muhyiddin buat selama beliau menjadi pengerusi majlis berkenaan sebenarnya?

Jawapannya mudah, tiada.

Ketika impak daripada fasa peralihan pandemik covid19 seperti harga barangan keperluan rakyat naik dan bagaimana pengawalan terhadap inflasi, apa tindakan segera Muhyiddin?

Jawapannya mudah, tiada.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah;

PM Ismail Sabri mengambil inisiatif segera dengan mewujudkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi dan berjaya menjadi negara yang kadar inflasi terendah di dunia.

Kenapa PM Ismail Sabri tidak memecat sahaja Muhyiddin yang dilihat gagal menguruskan majlis tersebut?

Jawapannya mudah: PM Ismail Sabri seorang pemimpin yang berjiwa besar, musuh politik tidak dianggap musuh. Seorang pemimpin yang matang berpolitik dan bukannya jenis gila kuasa.

Muhyiddin juga lupa, di dalam kerajaan ada menteri yang menjaga portfolio ekonomi. Sepatutnya Muhyiddin tahu bagaimana setiap menteri berfungsi tetapi Muhyiddin memilih untuk menjadi watak jahat terhadap kerajaan Keluarga Malaysia yang mana anggota kabinetnya juga terdiri daripada wakil parti politiknya.

Kedua, isu tarikh pembubaran parlimen.

Muhyiddin tahu seorang Perdana Menteri akan berbincang dengan kabinetnya dahulu sebelum mengadap Yang diPertuan Agong untuk diperkenankan tarikh pembubaran parlimen seterusnya tarikh pilihanraya umum.

Kenyataan Muhyiddin itu sebenarnya lebih kepada bersifat sengaja untuk menimbulkan sangkaan jahat terhadap PM Ismail Sabri.

Tidak perlu takut untuk hadapi pilihanraya umum sekiranya Muhyiddin merasakan partinya paling kuat.

Tidak perlu menggunakan strategi kotor untuk ajak rakyat benci kepada PM Ismail Sabri.

Rakyat boleh menilai PM Ismail Sabri melalui siri kejayaannya yang telah terbukti selama setahun beliau memimpin negara.

No comments

Ads Place