Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Ejen Perosak: Tidak Cukup Dengan Lokman Adam, Zaid Ibrahim Pula Dibawa Masuk

Lokman Adam, dari UMNO masuk PKR dan masuk UMNO kembali. Lokman Adam, dari ahli biasa, jadi ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, jadi calon pil...


Lokman Adam, dari UMNO masuk PKR dan masuk UMNO kembali.

Lokman Adam, dari ahli biasa, jadi ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, jadi calon pilihanraya kecil, digantung, dipecat dari parti dan akhirnya diterima balik tetapi rupanya masih belum sedar, menyerang Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri.

Lokman Adam, bertanding dua kali untuk jawatan ketua pemuda cawangan pun kalah. Bertanding di bahagian pun kalah dan menurut sumber, hanya mendapat 18 undi sahaja untuk jawatan Naib Ketua Bahagian?

Individu yang mempunyai ‘rekod gelap’ dalam siri perjalanan politiknya cuba dianggap sebagai ‘bomoh’ yang mampu mengubati UMNO dengan cara menyerang pemimpin UMNO tanpa sedikit pun ada rasa hormat?

Zahid belum sedar atau sengaja membawa masuk kembali Lokman Adam ke dalam UMNO untuk dijadikan ‘Kuda Trojan’ bagi menyerang Perdana Menteri tanpa henti?

Tidak cukup dengan Lokman, kini satu lagi ‘Kuda Trojan’ yang dibawa masuk kembali ke dalam UMNO, Zaid Ibrahim. Tugas Zaid Ibrahim menjurus ke arah memesongkan fakta perjalanan kes Najib dengan harapan ahli UMNO akan memberi tekanan kepada PM Ismail Sabri supaya mencampuri urusan mahkamah terhadap mana-mana kes pemimpin UMNO selepas Najib? Adakah termasuk sebenarnya untuk 47 kes yang dihadapi oleh Presiden UMNO itu sendiri?

Menurut sumber, Zaid Ibrahim bakal dijadikan calon parlimen BN di Kelantan pada PRU15 nanti?

Selamatkanlah UMNO BN!

No comments

Ads Place