Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Calon Boleh Menang, Zaid Ibrahim Diterima Masuk UMNO

Sebagai ahli UMNO yang setia, anda terkejutkah dengan dengan berita permohonan Zaid Ibrahim sebagai ahli UMNO diluluskan? Menurut sumber dal...


Sebagai ahli UMNO yang setia, anda terkejutkah dengan dengan berita permohonan Zaid Ibrahim sebagai ahli UMNO diluluskan?

Menurut sumber dalaman, pada malam YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dihina iaitu di majlis Amanat Presiden, agenda utama mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah dengan memaklumkan kepada anggota mesyuarat bahawa permohonan Zaid Ibrahim untuk menyertai UMNO telah diluluskan oleh Biro Pengurusan parti.

Alasan Biro Pengurusan cukup mudah, Zaid adalah calon boleh menang bagi kerusi parlimen Kota Bharu Kelantan. 

Timbul persoalan, tiada calon yang lebih setia dan wibawa dari UMNO sendiri terutamanya calon orang muda yang berkaliber?

Apakah sumbangan besar Zaid Ibrahim kepada UMNO sehingga beliau dilihat sebagai calon terbaik taruhan UMNO di situ?

Zaid Ibrahim telah lama meninggalkan UMNO, beliau belot dan menyertai PKR untuk menentang calon BN di pilihanraya kecil Hulu Selangor satu ketika dahulu dan beliau kalah.

Ketika pilihanraya umum ke 14, beliau menggunakan kedudukannya sebagai pengamal undang-undang untuk menyerang Najib Razak  yang ketika itu adalah Perdana Menteri dengan isu 1MDB. Beliau antara penggerak utama yang telah ‘menghukum’ Najib bersalah melalui ‘mahkamah jalanan’ yang juga mereka labelkan sebagai ‘mahkamah rakyat’.

Beliau mengambil keputusan meninggalkan PKR dan menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup. Berapa banyak hasutan dan tohmahan yang beliau lemparkan kepada kepimpinan UMNO BN?

Hanya kerana di saat akhir Najib di penghujung perbicaraan, Zaid membuat kemunculan membela Najib. Kalau diperhatikan, tiada satu ayat pun keluar dari mulutnya bahawa Najib difitnah dan mangsa serangan musuh politik UMNO BN. Apa yang Zaid perkatakan adalah mahkamah tidak memberi keadilan kepada Najib.

Adakah Zaid bersetuju dengan segala tuduhan yang dilemparkan oleh musuh politik UMNO berkaitan isu 1MDB selama ini?

Kalau diamati beberapa rakaman video Zaid, beliau hanya ingin bertugas sebagai ‘penceramah’ bagi membantu UMNO BN sahaja dan bukannya menjadi calon. Itu pun Zaid meminta sedikit imbuhan bayaran sekiranya khidmat beliau diperlukan.

Inikah tahap kredibiliti calon boleh menang mewakili UMNO kelak?

No comments

Ads Place