Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Berganding Bahu, Kerja Kuat Kalau Ingin Tumbangkan Pembangkang - PM Ismail Sabri

Beberapa kali dan di beberapa program YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri mengulangi kenyataan betapa perlunya perpaduan sesama ahli ...


Beberapa kali dan di beberapa program YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri mengulangi kenyataan betapa perlunya perpaduan sesama ahli UMNO BN sekiranya parti inginkan kemenangan di pilihanraya umum ke 15.

Bagi PM Ismail Sabri, perpaduan adalah kunci dan faktor utama sekiranya UMNO BN ingin lakarkan kemenangan kelak. Tiada jalan pintas.

Sikap menikam belakang dan menhasut ahli supaya berpecah belah tidak akan membawa UMNO BN kepada kemenangan. Bergaduh merebut kerusi dan engkar keputusan yang telah dibuat di peringkat Majlis Kerja Tertinggi juga bakal menghumbankan UMNO BN di PRU15.

Hanya perpaduan sesama ahli di seluruh peringkat sahaja yang mampu menghalang ‘kumpulan batu api’ dan ‘musang berbulu ayam’ dari terus menerus menjadikan ahli UMNO BN mangsa manipulasi mereka.

Bagi Perdana Menteri, selagi ahli UMNO BN tidak mampu mewujudkan semangat perpaduan yang jitu maka jangan bermimpi untuk menang di pilihanraya umum akan datang dan membentuk kerajaan pusat serta negeri.

Perhatikanlah kerisauan Perdana Menteri tentang perpaduan di dalam UMNO BN. Ini sepatutnya menjadi wadah dan panduan UMNO BN untuk terus relevan memimpin rakyat.

No comments

Ads Place