UMNO berada di ambang bahaya kerana dilihat seperti terperangkap dengan isu Najib dihukum penjara sebagai fokus utama perjuangan dan bukanny...
UMNO berada di ambang bahaya kerana dilihat seperti terperangkap dengan isu Najib dihukum penjara sebagai fokus utama perjuangan dan bukannya meletakkan rakyat dan negara sebagai keutamaan perjuangan.
Hampir setiap hari ahli UMNO di pelbagai peringkat umpama dirasuk dengan kes Najib Razak. Ada yang menyeru ke arah bertenang, ada pula yang menjadikan isunya tajuk perbincangan penting dan ada yang cuba menggunakannya sebagai modal menghasut supaya ahli UMNO berpecah demi kepentingan politik peribadi kelompok mereka.
Sepatutnya isu Najib ke penjara boleh menarik simpati rakyat kepada UMNO tetapi apabila ianya diulas berlebihan dan melangkaui garis perundangan maka perasaan simpati bertukar menjadi anti kepada UMNO kerana wujudnya pemimpin UMNO yang cuba menghasut supaya mencampuri urusan mahkamah.
Rakyat inginkan kerajaan yang berintegriti dan menghormati konsep pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan judisiari. Rakyat menolak kerajaan yang gila dan menyalahguna kuasa.
Semakin menghampiri pilihanraya umum ke 15, kumpulan ‘Kuda Trojan’ semakin nekad merosakkan UMNO dari dalam dengan menjauhkan isu rakyat dan negara dari titik utama fokus utama perjuangan UMNO.
Kumpulan Kuda Trojan berusaha memanipulasi ahli UMNO dengan kes mahkamah yang dihadapi oleh Presiden UMNO dan Najib Razak sahaja.
Orkestra ini sama ketika Anwar Ibrahim di dakwa kerana melakukan jenayah liwat. Malah ianya ‘dimainkan’ oleh kumpulan yang sama?
No comments