Antara penyumbang kepada kekalahan UMNO BN di mana-mana pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum adalah perpecahan dan jug...
Antara penyumbang kepada kekalahan UMNO BN di mana-mana pilihanraya samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum adalah perpecahan dan juga sabotaj dalaman yang dilakukan oleh ahli sendiri atau akibat peranan musuh dalam selimut yang selama ini dianggap ahli parti.
Perpecahan yang terjadi kerana beberapa sebab termasuk peranan yang dimainkan oleh musuh dalam selimut sebagai batu api bagi melaga-lagakan pemimpin dan juga sesama ahli parti.
Watak musuh dalam selimut, musang berbulu ayam atau Si Kitol ini wujud bagi memuaskan hati ‘Tuan’ yang menaja pergerakannya. Mereka sanggup melihat parti UMNO rosak bagi memenuhi hasrat nafsu peribadi.
Dalang ini akan terus hidup selagi berlakunya perpecahan dalaman UMNO BN. Semakin kuat dan lama perpecahan berlaku maka selagi itulah subur kehidupan dalang berbayar ini.
Apa yang perlu UMNO BN gusarkan adalah perlu memberi perhatian juga kepada individu dan kumpulan pencacai yang begitu bebas menjalankan kerja menghasut terutama fokus mereka adalah kepada ahli UMNO BN.
Pengalaman buruk ketika pilihanraya umum ke 14 dengan membiarkan sahaja tindak tanduk mereka membawa kepada kerosakan parti UMNO sendiri.
Sepatutnya UMNO BN perlu proaktif menyedarkan ahli sendiri siapakah mereka ini termasuk dalang di belakang mereka. Laporan kepada pihak berkuasa dan tindakan undang-undang perlu dibuat segera bagi mengheret mereka ke muka pengadilan dan memdedahkan pencacai dan tuannya perlu disegerakan.
UMNO BN tidak lagi boleh berkompromi dengan musuh yang berselindung di sebalik ‘pakaian ahli UMNO’. Tiada lagi peluang selepas kekalahan UMNO BN di pilihanraya umum ke 14.
Kerajaan Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri adalah ‘hadiah khas’ selepas UMNO BN tewas di PRU14 dan ini satu-satunya jalan terbaik untuk meyakinkan rakyat betapa UMNO BN adalah pilihan utama yang ada berbanding dengan kerajaan Pakatan Harapan yang ternyata gagal membawa rakyat dan negara kepada tahap yang sepatutnya.
Ismail Sabri melalui kerajaan Keluarga Malaysia telah membuktikan banyak pencapaian selama beliau menjadi Perdana Menteri jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Mahathir selepas memenangi pilihanraya umum ke 14.
Rugilah UMNO BN sekiranya tidak bersama-sama memberi sokongan padu kepada PM Ismail Sabri yang telah berjaya membuktikan bahawa gayanya yang sederhana tetapi berani membuat keputusan adalah kunci utama kepada rakyat dan negara berada di landasan yang betul selepas diuji dengan pandemik covid19 dan fasa peralihan kepada endemik.
Ketahuilah musuh luaran dan musang berbulu ayam tidak akan senang dengan siri kejayaan pentadbiran PM Ismail Sabri melalui kerajaan Keluarga Malaysia.
No comments