Nampaknya ada seperti yang tidak kena dengan kenyataan Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan berhubung kononnya YAB Perdana Menteri seper...
Nampaknya ada seperti yang tidak kena dengan kenyataan Ketua Penerangan PPBM Wan Saiful Wan Jan berhubung kononnya YAB Perdana Menteri seperti ‘mengelak’ untuk bertemu dengan wakil PPBM iaitu Hamzah Zainuddin sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Malah PM Ismail Sabri menjelaskan ada berjumpa dengan dua wakil PPBM iaitu Hamzah dan Dr Samsuri, Menteri Besar Terengganu yang juga Bendahari Perikatan Nasional.
PM Ismail Sabri menegaskan kenyataan kononnya Perikatan Nasional akan menarik balik terhadap Kerajaan Keluarga Malaysia adalah lebih bersifat peribadi dan bukannya datang dari keputusan parti.
Agak memalukan apabila ‘terkantoi’ akibat merekayasa kenyataan berbaur ugutan, Wan Saiful dengan segera menukar kenyataan berhubung pertemuan PM Ismail Sabri dan wakil PPBM.
Apakah Wan Saiful begitu terdesak mengejar nama supaya dicalonkan pada pilihanraya umum ke 15 dan jika menang akan menjadi menteri?
PM Ismail Sabri dengan tegas, beliau tidak ada pilihan untuk bubarkan parlimen sekiranya ada pihak yang menarik sokongan terhadap kerajaan pada hari ini.
PM Ismail Sabri menjelaskan perkara tersebut kepada wartawan sempena Hari Keluarga Malaysia peringkat negeri Sarawak dan turut berada bersamanya ketika membuat kenyataan tersebut adalah Menteri Pertanian dan Industri Makanan yang juga Naib Presiden PPBM Dr Ronald Kiandee.
No comments