Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Perlukah Kita Menghina Perdana Menteri Hanya Kerana Beliau Tegas Mempertahankan Perlembagaan?

Sebagai ahli UMNO yang hadir di majlis Amanat Presiden tempohari, saya cukup terkejut apabila perdana menteri yang datangnya dari parti kera...


Sebagai ahli UMNO yang hadir di majlis Amanat Presiden tempohari, saya cukup terkejut apabila perdana menteri yang datangnya dari parti keramat ini dihina cerca di dalam program kita sendiri. Lebih menyedihkan lagi, perdana menteri kita diperlakukan sedemikian rupa oleh ahli UMNO sendiri?

Perdana Menteri dari UMNO ini dihina kerana bersungguh-sungguh ingin membuktikan kepada rakyat bahawa kerajaan Keluarga Malaysia pimpinannya bebas daripada unsur mengganggu perjalanan mahkamah?

Perdana Menteri dari UMNO ini dihina sebegitu rupa kerana beliau banyak melakarkan kejayaan di dalam hanya setahun pentadbirannya termasuk program pencegahan penularan covid19, program kawalan harga barang keperluan harian rakyat, pasukan khas jihad inflasi dan pelbagai lagi yang memberikan manfaat terus kepada rakyat?

Saya menyeru kepada ahli UMNO, marilah kita bangkit dengan bangga memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri kita supaya terus konsisten dan tegas dalam mempertahankan konsep pengasingan kuasa tidak seperti kerajaan yang terdahulu. Kerosakan yang dilakukan harus ditangani segera oleh PM Ismail Sabri.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO, marilah kita hentikan segera bibit perpecahan demi mencapai kemenangan besar pada pilihanraya umum ke 15 kelak. Kalau pemimpin kita boleh duduk dengan harmoni bermesyuwarah pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi yang lalu, kenapa kita di bawah perlu bertelagah sesama sendiri?

Sahabat-sahabat yang saya hormati, marilah kita bersama menjadikan peristiwa pada malam Amanat Presiden parti sebagai satu pengajaran berguna agar ianya tidak berulang lagi.

Tatkala parti lain mendambakan kedudukan nombor satu negara, Allah memilih UMNO untuk dijadikan perdana menteri.

Ahli UMNO setia

No comments

Ads Place