Satu perkara yang jelas dan perlu ahli UMNO faham adalah bukan sebanyak mana parti boleh ‘memberi’ kepada ahli tetapi apa yang boleh ahli ‘b...
Satu perkara yang jelas dan perlu ahli UMNO faham adalah bukan sebanyak mana parti boleh ‘memberi’ kepada ahli tetapi apa yang boleh ahli ‘berikan’ kepada parti. Ini adalah asas kepada kesetiaan kepada parti.
Kesetiaan tersebut termasuk menjaga apa sahaja perlakuan agar tidak mencemari imej parti. Apatah lagi menyerang, memfitnah dan memutar belit kenyataan pemimpin di khalayak umum bagi menimbulkan rasa kurang senang ahli kepada pemimpin parti. Ada medium tertentu untuk dijadikan saluran sekiranya ingin membuat teguran.
Tetapi tidak bagi Lokman Adam, Zamil dan Nur Jazlan. Mereka bertindak menyerang sewenangnya Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia. Motif serangan jelas untuk merosakkan imej Perdana Menteri itu sendiri dan dalang pembiaya dana sudah dikenalpasti.
Cubaan mereka dan dalang yang membiayai gerakan jahat ini adalah supaya YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah dan berada di bawah kawalan Muhyiddin Yassin ternyata gagal. Bukan setakat ahli UMNO menjadi saksi tetapi rakyat keseluruhan boleh melihat dan menilai bagaimana PM Ismail Sabri meletakkan keutamaan serta kepentingan rakyat dan negara melebihi segalanya termasuk kepentingan dirinya sendiri.
Malangnya ada sekelompok ahli UMNO seperti diperbodohkan oleh Lokman Adam. Kekerapan muncul dengan garang seolah ‘mendedahkan kebenaran’ di layar langsung melalui saluran internet YouTube disalah tafsir, itu bukan ‘berani kerana benar’, perbuatan Lokman tersebut adalah ke arah merosakkan imej kepimpinan utama UMNO termasuk imej Perdana Menteri dan parti UMNO itu sendiri.
Tanya kepada diri:-
Ketika UMNO BN di awal kekalahan pilihanraya umum ke 14, berlaku satu pilihanraya kecil yang pertama Malaysia iaitu di DUN Sungai Kandis Selangor. Lokman Adam menjadi calon mewakili BN walaupun ketika itu ramai lagi ahli UMNO yang lebih lama berkhidmat dan berjawatan di Selangor layak menjadi calon terutama di bahagian Shah Alam.
Kesilapan besar UMNO ketika itu kerana melihat dari sisi kononnya Lokman Adam adalah seorang yang ‘boleh bersuara’ lantang di Dewan Negeri sekiranya menang kelak.
UMNO BN membuat penilaian yang amat salah. Kepimpinan UMNO BN yang terbaik adalah bagaimana wakil rakyat itu dapat terus mengekalkan kepercayaan rakyat kepada UMNO melalui perkhidmatan langsung kepada rakyat dan bukan hanya petah bercakap.
Kini setelah kekalahan di pilihanraya kecil Dun Sungai Kandis, di mana Lokman? Anda pernah dengar apa dia buat untuk UMNO BN menawan kembali Selangor? Yang ahli UMNO dan rakyat dengar adalah celoteh beliau memburukkan Perdana Menteri dan kepimpinan UMNO yang lain dan yang didengar beliau kini mempunyai rangkaian restoran satay yang besar?Itu sahaja.
Kini beliau kembali lagi untuk terus menerus memperbodohkan ahli UMNO dengan mendesak agar pemecatannya sebagai ahli parti ditarik balik. Fokusnya adalah untuk bertanding menjadi Ahli Majlis Kerja Tertinggi sekali lagi dengan harapan ada tempat di mana-mana kawasan atau anak syarikat milik kerajaan pusat sekiranya UMNO BN menang di pilihanraya umum ke 15 kelak.
Jangan beri peluang ular patuk kita dua kali. Jangan juga kena kencing lebih dari satu kali.
No comments