Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Perdana Menteri Tidak Boleh Diserang Kerana Pertahankan Perlembagaan

UMNO tidak mampu untuk kalah sekali lagi, tidak harus ada riak atau cetusan yang boleh dilihat ke arah perpecahan. UMNO perlu bersatu. Mesyu...


UMNO tidak mampu untuk kalah sekali lagi, tidak harus ada riak atau cetusan yang boleh dilihat ke arah perpecahan. UMNO perlu bersatu.

Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi adalah cerminan dan tauladan terbaik. Apa sahaja yang dilalui oleh kepimpinan UMNO akan berakhir di meja rundingan dan musyawarah.

Apa yang berlaku di program Amanat Presiden seharusnya menjadi peringatan penting kepada semua pihak agar tidak berulang kerana ianya menjadi penilaian rakyat di luar sana.

Kita bersimpati dengan apa yang berlaku kepada bekas perdana menteri tetapi harus kita semua merasai simpati juga apabila perdana menteri menjadi sasaran serangan terbuka dari kalangan yang kita tidak tahu siapakah mereka. Mungkin juga berlaku unsur provokasi tetapi ahli UMNO harus rasional.

Mana mungkin seorang perdana menteri yang menyumbang apa sahaja kepada parti dicerca. Apakah kepimpinan di seluruh bahagian UMNO mahu menafikan manfaat atas keberadaan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri?

Sorakan, ejekan dan ‘boo’ tidak harus berlaku di dalam majlis Amanat Presiden untuk jentera bersedia kepada apa jua kemungkinan untuk berdepan dengan PRU15.

Saya menyeru kepada semua peringkat kepimpinan untuk menumpukan usaha memperkemaskan jentera di semua PDM dan cawangan. Itu lebih baik dari kita saling melayan mainan persepsi musuh kita yang sentiasa mencari salah.

Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri diserang kerana beliau mepertahankan perlembagaan di dalam sistem pengasingan kuasa. Kenapa beliau dihina, ini disebabkan beliau istiqamah mempertahankan sesuatu yang akhirnya memberikan kebaikan imej kepada UMNO dan BN.

No comments

Ads Place