Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Part ll: Protes Jalanraya Melalui Sebaran Maklumat Palsu Merosakkan Program Pemulihan Ekonomi Rakyat, Negara.

Negara baharu saja sedang memulih daripada kesan jangkitan virus covid19. Keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sa...


Negara baharu saja sedang memulih daripada kesan jangkitan virus covid19. Keputusan yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri untuk membuka semula kegiatan ekonomi secara berperingkat dengan mengikut S.O.P yang digariskan merupakan satu tindakan yang berani dan betul.

Keputusan PM Ismail Sabri tersebut juga sejajar dengan peralihan fasa pandemik covid19. Keputusan ini amat penting kerana negara perlu berada selari di lingkaran pemulihan ekonomi dunia. Silap percaturan dan keputusan maka kesannya akan memudaratkan kehidupan rakyat dan negara boleh menjadi muflis.

Perlu diingat, implikasi imej negara yang negatif akan mengambil masa yang lama untuk meyakinkan kembali pelabur luar untuk datang membawa pelaburan berskala besar mereka. 

Berapa ramai rakyat Malaysia menderita kesan daripada pandemik covid19? Ramai yang diberhentikan kerja kerana banyak perniagaan terpaksa gulung tikar akibat tidak dapat menjalankan perniagaan dan operasi sepanjang penularan wabak maut tersebut.

Malah kesan paling besar pada negara adalah berubah pucuk pimpinan utama, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin terpaksa meletakkan jawatan kerana gagal memimpin dan membawa negara keluar dari kemelut pandemik tersebut.

Apabila Dato Seri Ismail Sabri dilantik menjadi Perdana Menteri bagi menggantikan Muhyiddin, perkara pertama yang PM Ismail Sabri lakukan adalah memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia. 

Bagi PM Ismail Sabri, hanya melalui ‘kekeluargaan’ sahaja maka semua permasalahan dan rintangan serta cabaran mampu dilalui dan akhirnya terbukti, Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan beliau mampu bangkit mengharungi cabaran itu dengan kadar yang lebih cepat daripada jadual perancangan;

Isu kenaikan harga ayam misalnya. PM Ismail berjaya mengekang penguasaan kartel yang selama ini berperanan menentukan harga pasaran runcit yang membebankan rakyat. 

PM berjaya menurunkan harga ayam jauh lebih rendah daripada harga siling yang sepatutnya apabila PM mengarahkan untuk menamatkan AP impot ayam dan tidak membenarkan aktiviti ekspot ayam ke luar negara. Hasilnya selain harga menajadi jauh lebih murah, pengusaha ayam yang selama ini bersekongkol dengan kartel mula merayu agar dibenarkan kembali mengekspot ayam mereka bagi mengelakkan lambakan stok di pasaran.

Barangan keperluan lain seperti minyak masak paket bersubsidi juga berjaya dikekang pengedaran haram ke luar negara bagi mengatasi kekurangan stok dalam negara khas untuk rakyat yang berpendapatan rendah.

Apabila negara mula menunjukkan prestasi ekonomi yang memberansangkan, pelabur sediada akan menambahkan pelaburan dan pelabur luar yang baharu mula menanam modal di negara ini.

Negara baharu sahaja pulih dari kesan penularan covid19 walaupun petunjuk angka jangkitan masih ada tetapi terkawal melalui program vaksinasi yang disegerakan oleh PM Ismail Sabri.

Ekonomi mula menunjukkan perkembangan positif dan jumlah peningkatan rakyat yang bekerja adalah sebanyak 400,000 orang sejak PM Ismail Sabri mula menjawat jawatan Perdana Menteri.

Hasil daripada pengurusan dan kawal selia serta kepimpinan yang berani dan telus, kadar inflasi negara berada di paras yang terkawal. 

Sepatutnya di saat ini kesemua pihak termasuk parti politik pembangkang menumpukan perhatian yang serius terhadap kemajuan ekonomi rakyat dan negara. Bukannya menjadi pemimpin yang berhasad dengki dan cuba merosakkan kedudukan ekonomi negara dan rakyat.

Menggunakan strategi memanipulasi fakta berkait dengan sesuatu isu terutama kedudukan ekonomi semasa negara amatlah tidak betul dan ianya merupakan satu perlakuan jenayah. Sebaran maklumat palsu boleh menimbulkan suasana yang tidak tenteram di kalangan rakyat.

Menggunakan slogan jalanan kononnya Kerajaan hari ini gagal adalah tidak benar. Angka petunjuk prestasi ekonomi jelas membuktikan Kerajaan Keluarga Malaysia telah dan sedang berjaya membawa Malaysia kepada landasan ekonomi yang sepatutnya malah lebih baik dan cepat dari perancangan yang sepatutnya.

Mana mungkin kerajaan hari ini gagal kalau Jabatan Perangkaan yang terkini melaporkan bahawa kadar pengangguran terkini adalah menurun dan terkawal pada 3.8%.

Gagalkah Kerajaan Keluarga Malaysia apabila negara berada di kedudukan pertama antara negara ASEAN apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua tahun 2022 berada pada pertumbuhan 8.9%?

Mampukah protes jalanan berlandaskan berita palsu yang mereka sebarkan menjadikan negara kembali pulih ekonominya? Atau protes tersebut akan merencatkan usaha memulihkan ekonomi negara dan menakutkan pelabur yang ingin menanam modal besar mereka di sini?

Negara boleh menjadi huru hara dengan berita palsu berkait dengan perkembangan ekonomi negara.

Bukan senang untuk membina semula negara yang hancur kerana berita palsu.

No comments

Ads Place