Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Part l: Adakah Kerajaan Keluarga Malaysia Gagal Apabila KDNK Malaysia Tertinggi Di ASEAN?

Laporan prestasi terkini bagi suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar tahun 2022 (KDNK) telah membuktikan bahawa Kerajaan Keluarga Malaysia p...


Laporan prestasi terkini bagi suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar tahun 2022 (KDNK) telah membuktikan bahawa Kerajaan Keluarga Malaysia pimpinan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri berjaya mengeluarkan Malaysia dari kesan pandemik covid 19 dengan kadar yang ‘menakjubkan’.

Dengan kadar pertumbuhan 8.9%, Malaysia berada di kedudukan pertama berbanding dengan negara ASEAN lain yang turut mengalami kesan virus yang sama.

Angka tidak menipu dan ianya bukan kerana ‘bernasib baik’. Tiada istilah tersebut kerana kejayaan meletakkan kembali sesebuah negara di atas landasan yang sepatutnya tidak bergantung kepada nasib tetapi kepada cara menguruskan perjalanan sesebuah negara. Antara elemen penting yang ada pada PM Ismail Sabri adalah membuat keputusan yang tepat dan berani dengan meletakkan keutamaan rakyat serta negara melalui perancangan jangka pendek dan jangka panjang.

Malaysia melalui pengalaman yang sukar dan pahit akibat kesan virus membunuh itu seperti juga negara-negara lain di rantau ini termasuk seluruh dunia. Angka jangkitan dan kematian juga besar dan menakutkan. Namun dengan konsep kerjasama sebagai sebuah keluarga besar, PM Ismail Sabri berjaya dengan pantas mengembalikan kedudukan ekonomi negara di tempat yang sepatutnya malah lebih baik dari yang dijangkakan.

Kesan domino akibat virus covid19 seperti kenaikan mendadak barang makanan keperluan harian rakyat dan peratusan angka pengangguran yang antara faktor boleh menyebabkan kadar inflasi bagi sesebuah negara dapat di atasi dengan jayanya oleh PM Ismail Sabri dan Kerajaan Keluarga Malaysia.

Mengikut laporan Jabatan Perangkaan pada 9 Ogos yang lalu, angka pengangguran kini menurun kepada 3.8%. Ini membuktikan tuduhan liar sesetengah pihak yang berkepentingan politik adalah tidak betul dan mengelirukan rakyat.

Malah ketika PM Ismail Sabri mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri, peningkatan rakyat yang bekerja adalah sebanyak 400,000. Ini juga antara bukti kejayaan Kerajaan Keluarga Malaysia melaksanakan program pemulihan ekonomi negara seperti yang dirancang.

Tapi sayangnya. Parti politik pembangkang yang selama lebih 60 tahunberada di blok pembangkang dan berjaya menjadi kerajaan selama 22 bulan dan akhirnya kembali menjadi pembangkang masih tidak berubah.

Negara sudah memasuki dekad yang lebih mencabar dengan era dunia tanpa sempadan. Sepatutnya pembangkang mencontohi bagaimana UMNO BN ketika menjadi pembangkang buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan mereka. Menjadi pembangkang yang dinamik dan membawa manfaat kepada rakyat dan negara. Hasilnya ketika UMNO BN menjadi pembangkang, Kerajaan Pakatan Harapan kalah di beberapa siri pilihanraya kecil dan ketika itu mereka sepatutnya mencontohi Ismail Sabri sebagai Ketua Blok Pembangkang.

Negara baru sahaja memasuki fasa pemulihan ekonomi dan banyak lagi perkara yang sedang dirancang dan perlu perlaksanaan yang teliti termasuk menarik kembali keyakinan pelabur luar terhadap Malaysia tetapi parti pembangkang mula mengatur strategi memusnahkan perancangan untuk rakyat dan negara itu.

Mencari sokongan melalui protes di jalanraya sama sekali bukan caranya. Kesan dari tindakan bodoh ini akhirnya pergi kepada rakyat dan negara juga. Cara ini boleh memberi petunjuk yang tidak baik kepada pelabur yang sediada dan yang berniat untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pelaburan mereka.

Berdemo melalui hasutan berita yang tidak benar dan mengelirukan rakyat boleh membawa bencana besar kepada negara dan ianya perlu dibendung dengan segera.



No comments

Ads Place