Keputusan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri untuk melantik Timbalan Perdana Menteri buat masa sekarang adalah amat tepat. Keberadaa...
Keputusan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri untuk melantik Timbalan Perdana Menteri buat masa sekarang adalah amat tepat.
Keberadaan menteri-menteri kanan dengan tugasan masing-masing dilihat lebih penting dan berkesan malah lebih bersasar kepada keperluan rakyat serta kepentingan negara.
Ini adalah bukti jelas bahawa PM Ismail Sabri mengutamakan rakyat dan negara melebihi kepentingan politik peribadi dan parti yang beliau wakili. Malah ini juga sebagai bukti bahawa PM Ismail Sabri tidak tunduk kepada desakan dalaman walaupun ianya datang dari parti politik yang turut berada di dalam kerajaan pimpinannya.
Bagi PM Ismail Sabri, agenda utamanya sebagai Perdana Menteri kerajaan Keluarga Malaysia adalah memastikan negara ini sentiasa berada di landasan yang betul dan rakyat yang masih terkesan dengan pandemik covid19 dapat dibela sepenuhnya.
Ketika negara masih di dalam fasa peralihan dari pandemik kepada endemik, perkara utama dan perlu dilakukan adalah memastikan agenda yang disusun berjalan seperti yang dirancang dan mengetepikan agenda peribadi seperti berebut jawatan.
PM Ismail Sabri berjaya menafikan fitnah jahat pencacai politik upahan selama ini kononnya beliau adalah Perdana Menteri Boneka.
Rakyat yakin halatuju Kerajaan Keluarga Malaysia berada tepat seperti yang direncanakan oleh PM Ismail Sabri dan bukannya kerajaan yang menghabiskan masa untuk berpolitik sepanjang masa.
No comments