Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Lokman Adam Sedang Merosakkan Nama Baik Najib Razak

Lokman Adam seperti biasa akan mengambil kesempatan menyerang YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dengan apa juga isu yang akan mengu...


Lokman Adam seperti biasa akan mengambil kesempatan menyerang YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dengan apa juga isu yang akan menguntungkan ‘poket’ beliau.

Tidak masuk akal apabila Lokman menafsirkan Perdana Menteri perlu campurtangan di dalam kes pertuduhan rasuah Najib Razak di dalam syarikat SRC International.

Apakah salah satu tugas Perdana Menteri adalah mencampuri urusan mahkamah? 

Wajarkah seorang Perdana Menteri masuk campur di dalam setiap keputusan yang dibuat oleh seseorang hakim?

Adakah Lokman Adam bermaksud bahawa seseorang Perdana Menteri perlu memilih kes apa dan yang melibat siapa untuk dicampuri agar apa yang diputuskan oleh hakim itu mengikut selera dan kehendak seorang Perdana Menteri?

Lokman Adam sedang menghasut serta mengelirukan rakyat dengan cuba mengaitkan nama Perdana Menteri agar menyelamatkan seseorang demi kerana apa? 

Kerosakan apakah yang cuba dicipta oleh Lokman Adam. Adakah pandangan beliau ini bertepatan dengan integriti seorang pemimpin utama negara atau sekadar ingin dipuja sebagai hero di dalam kes yang terpilih sahaja terutama kes yang boleh melonjakkan nama beliau?

Adakah Lokman bermaksud bahawa institusi kehakiman negara boleh ‘dijual-beli’ dan diganggu gugat sewenangnya melalui kuasa Perdana Menteri? 

Keputusan YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri untuk tidak mencampuri urusan mahkamah itulah sebenarnya membantu Najib Razak mendapat keadilan yang sewajarnya ketika berhadapan dengan kesnya. 

Najib berulang-kali menegaskan bahawa apa yang beliau perlukan hanyalah perbicaraan yang adil dan bukannya meminta kes digugurkan. Ini jelas bertentangan dengan bentuk serangan Lokman terhadap Perdana Menteri. 

Lokman Adam juga sedang melakukan kerosakan yang amat teruk kepada imej Najib Razak apabila mendesak Perdana Menteri agar mencampuri urusan mahkamah.

Mungkin Lokman Adam lupa ketika beliau bersama Anwar Ibrahim, apakah yang dilakukan oleh Najib Razak sebagai Perdana Menteri ketika itu? Najib Razak langsung tidak mencampuri mahkamah tetapi bertegas menjamin hak Anwar dijaga seperti keselamatan dan sedikit keselesaan ketika beliau di penjara Sungai Buluh.

Janganlah kerana gila meraih perhatian dan mengejar populariti maka pengasingan kuasa di antara badan Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan Judisiari (Kehakiman) dicerobohi mengikut nafsu jahat.

Ahli UMNO seluruh negara jangan termakan dengan hasutan songsang Lokman Adam. Bukan sahaja nama baik parti UMNO BN akan rosak tetapi imej Najib Razak akan teruk tercalar.

No comments

Ads Place