Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Adakah Lokman Adam Faham Apa Itu Pengasingan 3 Kuasa Antara Eksekutif,Legistratif Dan Judisiari?

Berbaki beberapa hari sahaja lagi proses rayuan bagi kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah bagi SRC International yang membabitkan Najib Razak...


Berbaki beberapa hari sahaja lagi proses rayuan bagi kes penyalahgunaan kuasa dan rasuah bagi SRC International yang membabitkan Najib Razak akan selesai.

Apa sahaja boleh berlaku. Ruang dan peluang masih ada untuk pasukan Najib mengemukakan hujah pembelaan untuk membuktikan Najib tidak bersalah.

Tetapi malangnya, ada watak yang berlagak pandai dan cuba menjadi hero penyelamat bagi kes ini. Lokman Adam nampaknya sedang bertindak ‘melanggari’ sempadan kewarasan dan kematangan sehingga tindakan beliau boleh merosakkan peluang penting yang masih berbaki kepada Najib Razak.

Cara Lokman ‘menyerang’ YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri dengan membuat kenyataan liar bahawa PM Ismail tidak membantu Najib adalah amat keterlaluan.

Lokman tidak cerdik dan gagal memahami apa itu konsep pengasingan kuasa yang sekian lama diamalkan di negara ini. Kebodohan dan kedangkalan Lokman untuk tidak mampu membezakan antara Kuasa Eksekutif, Legislatif dan Judisiari menunjukkan tahap pemahaman Lokman Adam terhadap bagaimana negara selama ini ditadbir dengan aman.

Cara Lokman berfikir tidak ubah seperti ‘tikus membaiki labu’ yang berakhir dengan kerana setitik kebodohan dan kecuaian Lokman maka ‘rosak susu sebelanga’.

Lokman seperti sengaja bertindak agar reputasi Najib Razak tercalar apabila secara terang menyelar PM Ismail Sabri kononnya tidak membantu Najib Razak sedangkan Najib sendiri berkali-kali menjelaskan berilah ruang dan peluang kepadanya untuk membersihkan diri melalui proses perbicaraan yang adil di mahkamah dan bukannya meminta Perdana Menteri campurtangan.

PM Ismail Sabrilah yang sebenarnya sedang ‘membantu’ Najib dengan tidak bertindak menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri bagi mencampuri urusan mahkamah. Hakikat ini yang cuba disembunyikan oleh Lokman Adam?

Apakah Lokman sengaja ingin ‘membunuh’ imej PM Ismail Sabri dan Najib Razak? 

‘Satu peluru’ untuk dua sasaran’?

No comments

Ads Place