Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Lokman Adam Berlagak Seperti Peguam Bela Terhandal

Dua maksud yang begitu besar jurang perbezaan antara meminta perbicaan yang adil dengan meminta kes digugurkan. Di dalam kes yang membabitka...


Dua maksud yang begitu besar jurang perbezaan antara meminta perbicaan yang adil dengan meminta kes digugurkan.

Di dalam kes yang membabitkan Najib Razak, beliau bertegas untuk membersihkan nama beliau melalui proses perundangan yang adil dan tidak pernah Najib meminta dengan apa cara sekali pun supaya kesnya digugurkan.

Menjadi persoalan apabila Lokman Adam seolah tidak memahami kehendak Najib dan cuba tonjolkan diri seperti seorang yang pakar di dalam bidang perundangan.

Cara Lokman Adam mendesak YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri supaya campurtangan di dalam kes Najib Razak bukan sahaja cuba merosakkan institusi perundangan negara malah akan merosakkan maruah parti UMNO sendiri.

Persepsi negatif terhadap parti UMNO bakal muncul sebagai sebuah parti politik yang meremehkan undang-undang negara dan memperlekehkan kedaulatan undang-undang.

Undang-undang negara adalah untuk semua dan tiada siapa pun yang terkecuali. Setiap yang didakwa akan diberikan peluang membuktikan dirinya tidak bersalah dan mendesak Perdana Menteri campurtangan adalah bukan caranya.

Siapa Lokman Adam? Bertindak untuk merosakkan atau untuk menjadikan UMNO sebagai sebuah parti yang disegani?

Langkah Lokman umpama Najib sudah bersalah.

Cukup-cukuplah berlakon sebagai pejuang parti, ahli UMNO sudah muak dengan sandiwara yang menjadikan wang ringgit sebagai keutamaan.

Pemimpin datang dan pergi tetapi bagi Lokman mungkin pemimpin datang memberi keuntungan, pemimpin pergi menjadikan dirinya rugi?

No comments

Ads Place