Semenjak terbukti YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri bukannya seorang Perdana Menteri yang boleh diugut dan dicucuk hidung oleh mana...
Semenjak terbukti YAB Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri bukannya seorang Perdana Menteri yang boleh diugut dan dicucuk hidung oleh mana-mana gabungan parti di dalam Kerajaan Keluarga Malaysia, Lokman Adam dilihat semakin terserlah bahawa beliau hanya ‘bersiaran’ secara langsung menyerang Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO.
‘Kerja bodohnya’ adalah cuba mengelirukan ahli UMNO kononnya PM Ismail Sabri tidak mengikut apa yang diputuskan di dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sedangkan PM Ismail Sabri telah menunai dan melaksanakan kesemua perkara yang diputuskan oleh MKT.
Amat menyedihkan kerana ada sebilangan ahli UMNO termakan hasutan fitnah jahat Lokman dan mula menjadi ‘balaci’ beliau serta turut menyambung kerja fitnah tersebut.
Walaupun Lokman termalu dengan fitnah jahatnya terhadap PM Ismail Sabri kononnya tunduk kepada Muhyiddin, Lokman Adam membuktikan dirinya seorang yang bebal, mungkin sebagai ‘kepala perang’ individu yang berkepentingan atau kumpulan tertentu. Bukti jelas, Lokman tidak sedikit pun merasa bersalah dan meminta maaf dengan hasutan dan dakwaan jahatnya itu.
Timbul persoalan, Lokman Adam sebenarnya pencacai siapa dan berapa orang ‘Tuannya’? Kalau dahulu beliau secara konsisten menyerang Presiden UMNO Zahid Hamidi dengan pelbagai tuduhan dan akhirnya dipecat dari menjadi ahli UMNO.
Kini, setelah mendapat ‘pengampunan’ dari Zahid, beliau didapati tidak lagi berani menyentuh Zahid sebaliknya mengalihkan fitnah kepada PM Ismail Sabri pula. Apa perjuangan Lokman? Menyerang musuh politik UMNO atau merosakkan UMNO dari dalam? Lihat sahaja ketika beliau bersiaran langsung melalui saluran YouTube miliknya, siapa sebenarnya sasaran beliau kalau bukan PM Ismail Sabri.
Lokman seperti mempunyai agenda yang besar dalam gerakan menyerang kepimpinan UMNO terutama Perdana Menteri. Ahli UMNO sewajarnya jangan lupa dari mana Lokman Adam ini datang dan bagaimana cara beliau untuk ‘naik’ berada di saf kepimpinan utama UMNO iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
Kini, bagai manusia gila talak, mendesak agar Zahid menarik balik keputusan memecat beliau bagi membolehkan beliau bertanding di jawatan MKT di pemilihan akan datang.
Zahid perlu lebih berhati-hati kerana label tentang dirinya sebagai ‘budak Anwar’ masih berligar di kalangan ahli berikutan terdedahnya surat sokongan beliau kepada Anwar dan juga rakaman suara Zahid menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri tempohari.
Lokman yang terkenal dengan jolokan ‘The Lobakman’ juga adalah bekas ‘budak’ Anwar dahulu dan tidak mustahil sekarang bertindak atas arahan Anwar?
Hairan juga apabila tiba-tiba Lokman mengaku beliau ‘orang’ Zahid.
Ahli UMNO, berhati-hatilah.
No comments