Hari ini tercipta satu sejarah yang memalukan bagi seorang Presiden UMNO. Menurut sumber dalaman, Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara dipa...
Hari ini tercipta satu sejarah yang memalukan bagi seorang Presiden UMNO.
Menurut sumber dalaman, Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara dipanggil ke ibupejabat parti di PWTC kononnya untuk sesi taklimat persediaan menhadapi pilihanraya umum ke 15.
Dari 191 Ketua Bahagian yang dipanggil, diberitakan hanya 70 orang ketua sahaja yang hadir. Menurut sumber lagi, rupanya agenda yang tersirat adalah berhubung dengan kes bekas perdana menteri, Najib Razak yang sudah di penghujung proses bicara rayuan.
Majoriti yang hadir bersetuju agar Perdana Menteri tidak boleh campurtangan di dalam institusi kehakiman negara. Terlalu banyak implikasi negatif kepada UMNO sekiranya Perdana Menteri mengganggu proses mahkamah. Rakyat sudah pasti akan terus hilang kepercayaan kepada UMNO. Bagaimana mungkin ada amalan hukuman terpilih apabila UMNO memerintah. Ini boleh membahayakan kedudukan UMNO BN pada pilihanraya umum kelak.
Ketua UMNO Bahagian yang hadir pada perjumpaan tersebut juga rata-ratanya tidak bersetuju mendesak Perdana Menteri membubarkan parlimen di dalam keadaan UMNO sendiri tiada asas kukuh bahawa rakyat majoritinya kembali yakin kepada UMNO.
Zahid sepatutnya lebih matang. Apakah niat sebenar Zahid memanggil kesemua ketua bahagian di seluruh negara? Adakah untuk melihat reaksi dan hasil tentang kes mahkamah Najib Razak? Apakah sekiranya ketua-ketua bahagian UMNO yang hadir sebulat suara bersetuju mendesak PM Ismail Sabri campurtangan di dalam kes tersebut maka kes Zahid juga bakal mengikut ‘Langkah PWTC’ juga?
Memasuki medan perang tanpa mengetahui kekuatan sendiri berbanding kekuatan musuh adalah umpama menghulur tengkok untuk dipancung hidup-hidup.
Bayangkan sekiranya dilaksanakan PRU15 tergesa-gesa dan UMNO BN kalah, tidak terfikirkah Zahid bagaimana nasib ‘kluster mahkamah’ akibat dendam politik bakal dijatuhkan hukuman?
Ahli UMNO seluruh negara wajar berterima kasih kepada Ketua Bahagian yang hadir dan menghalang campurtangan Perdana Menteri terhadap urusan mahkamah. Kematangan mereka berfikir dan melontarkan pandangan bernas kepada pucuk pimpinan tertinggi telah menyelamatkan UMNO BN dari dibenci oleh rakyat.
No comments