Page Nav

HIDE

Post Meta

SHOW

Grid

GRID_STYLE

Post Snippets

FALSE

Hover Effects

TRUE

Pages

{fbt_classic_header}

Header Ad

Breaking News:

latest

Ads Place

Kes Najib: Keputusan Hakim Bebas Tanpa Campurtangan Politik

Hari ini merupakan satu sejarah bagi negara kita di mana buat pertama kalinya bekas Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah. Dato ...


Hari ini merupakan satu sejarah bagi negara kita di mana buat pertama kalinya bekas Perdana Menteri dibicarakan dan didapati bersalah. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah dijatuhkan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM250 juta setelah melalui proses rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan Persekutuan.

Kes ini berjalan selama lebih daripada 4 tahun. Hukuman tersebut sebenarnya telah dijatuhkan sebelum daripada Kerajaan Keluarga Malaysia mengambil alih pemerintahan negara.

Adalah tidak adil apabila ada pihak cuba menuding jari menyalahkan Perdana Menteri dan pemimpin UMNO BN yang lain terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap Najib.

Selama kes rayuan berlangsung, Malaysia berjaya membuktikan kepada dunia bahawa negara ini tidak mengamalkan dasar pemerintahan kuku besi. Malaysia menunjukkan dasar ‘separation of power’ iaitu kuasa eksekutif tidak mencampuri urusan legislatif dan judisiari. Hakim Mahkamah apa sekali pun bebas membuat keputusan tanpa campurtangan kuasa politik.

Amalan inilah yang meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kekal aman. Ketenteraman negara lebih utama dan penting dari permasalahan individu.

Rakyat terutamanya ahli UMNO jangan mudah tertipu dengan dakyah jahat pihak yang mempunyai agenda politik peribadi. Kumpulan dan individu ini akan menangguk di air yang keroh kerana bagi mereka inilah peluang terbaik untuk merosakkan keharmonian ahli UMNO dari dalam.

Seluruh dunia sedang memerhati kes yang berprofail tinggi ini. Keyakinan negara luar terhadap Malaysia bakal meningkat kerana Kerajaan Keluarga Malaysia berjaya membuktikan tiada gangguan  terhadap institusi mahkamah sepanjang proses kes berjalan.

Di negara Korea Selatan, Indonesia dan negara lain kes perbicaraan terhadap bekas perdana menteri bukanlah sesuatu yang baru.

Yakinlah dengan sistem perundangan negara kita dan bukannya terpalit dengan hasutan pencacai yang hidup mereka hanya bertuhankan kuasa politik.

No comments

Ads Place